Take 5
TAKE 5 menumpukan kepada lima mesej penting iaitu :
1) Kekal Berhubung : Eratkan rangkaian sosial yang sihat
Luangkan masa untuk kekal berhubung dengan keluarga, sahabat, rakan kerja, jiran dan kenalan
2) Aktifkan Diri : Tingkatkan kecergasan diri
Sentiasa aktif melakukan aktiviti fizikal yang digemari mengikut kemampuan
3) Syukur : Hargai nikmat kehidupan
Redha dan syukur nikmat kehidupan
4) Teroka Minat : Tonjolkan bakat
Mempelajari ilmu dan meneroka kemahiran yang diminati
5) Beri : Kebahagiaan dikongsi bersama
Berikan senyuman, penghargaan, masa, tenaga dan bantuan kepada orang lain
Kempen ini diharap akan mencapai tujuan dan sekaligus melahirkan rakyat Malaysia yang sejahtera mental dalam menghadapi cabaran kehidupan harian
Kemaskini pada 2021-11-09 16:23:35 daripada HECC