TAWARAN KEMUDAHAN BIASISWA KOMANWEL NEW ZEALAND TAHUN 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah mempelawa kepada semua pegawai kumpulan P&P KKM untuk memohon tawaran Kemudahan Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2016 bagi pengajian Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D).
Sehubungan dengan itu, pegawai yang berminat dan berkelayakkan boleh melayari laman web http://esilav2.jpa.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memohon secara online. Dokumen yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:-
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
Bahagian Pengurusan Latihan
Aras 6, Menara Prisma
No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya
(u.p En.Nor Azhar Bin Kamaludin / norazhar.k@moh.gov.my)
Sila hantar dokumen permohonan kepada BPL selewat-lewatnya pada 25 Mac 2016. Pihak BPL akan memajukan permohonan berkenaan kepada JPA setelah mendapatkan kelulusan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) KKM. Sebarang kelewatan mengemukakan dokumen berkenaan akan menyebabkan ia tidak dapat diproses.
Sila layari pautan dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.
http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=NZL1