TAWARAN BIASISWA PROGRAM TAIWAN INTERNATIONAL COOPERATION AND DEVELOPMENT FUND (ICDF) SCHOLARSHIP 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Taiwan ICDF menawarkan biasiswa kepada rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian diperingkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) secara sepenuh masa pada tahun 2016. Sehubungan dengan itu, semua anggota KKM yang berminat dan berkelayakkan boleh mendapatkan maklumat lanjut dan memohon secara online dengan melayari laman web http://esilav2.jpa.gov.my/ .
Dokumen yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:-
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
Bahagian Pengurusan Latihan
Aras 6, Menara Prisma
No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya
(u.p En.Nor Azhar Bin Kamaludin / norazhar.k@moh.gov.my)
Sila hantar dokumen permohonan kepada BPL selewat-lewatnya pada 9 Mac 2016. Pihak BPL akan memajukan permohonan berkenaan kepada JPA setelah mendapatkan kelulusan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) KKM. Sebarang kelewatan mengemukakan dokumen berkenaan akan menyebabkan ia tidak dapat diproses.
Sila layari pautan dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.
http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=TICDF