BAHAGIAN KEWANGAN
VISI
- Menjadi organisasi pengurusan kewangan terbaik dalam jentera Kerajaan.
MISI
- Merancang semua aktiviti di bawah pengurusan kewangan dengan teratur dan efisyen.
- Menggunakan sumber manusia dan lain-lain sumber secara berkesan untuk melaksanakan pengurusan kewangan yang berkesan.
- Membuat kawalan dan pemantauan prestasi perbelanjaan dan kutipan hasil.
- Menguatkuasakan semua peraturan kewangan.
OBJEKTIF
- Untuk mencapai pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan dari segi ketepatan masa, pematuhan piawaian kualiti dan penggunaan sumber secara optimum selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
PIAGAM PELANGGAN
- Prestasi Perbelanjaan Mengurus Tahunan
Memastikan prestasi perbelanjaan mengurus tahunan KKM sekurang-kurangnya 98%.
- Waran Peruntukan
Mengeluarkan waran peruntukan Belanja Mengurus PTJ 1 dalam tempoh 5 hari selepas Waran Am Perbendaharaan diterima.
- Tunggakan Hasil Bil Hospital KKM
Pengurangan jumlah Tunggakan Hasil bagi Caj Rawatan Perubatan di hospital-hospital kerajaan sebanyak 2% setahun berbanding tahun sebelumnya
- Tabung Bantuan Perubatan
Memproses dan memberi keputusan kepada sekurang-kurangnya 85% bagi permohonan TBP yang merupakan ˜Precedent Cases" dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
- Permohonan Kemudahan / Elaun
Memproses dan menimbang sekurang-kurangnya 95% daripada permohonan kelulusan kemudahan/elaun, dalam tempoh 7 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6 & 8, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Malaysia
Tel : 03- 8883 3269, 8883 3103
Faks : 03-8883 4389
URL : http://finance.moh.gov.my