MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Garis Panduan Pengauditan Audit Dalam 2011

1 . Garis Panduan Pengauditan Audit Dalam (GPPAD) in dikeluarkan untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada pegawai-pegawai Audit Dalam bagi melaksanakan kerja-kerja pengauditan pengurusan kewangan dan siasatan di Kementerian/Jabatan/Agensi. lanya selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004 Pelaksanaan Audit Dalam di Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.


2 GPPAD in mengandungi lapan (8) Garis Panduan iaitu GPPAD 1 hingga 7 adalah bagi 7 pengauditan terhadap pengurusan kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi dan GPPAD 8 sebagai Garis Panduan Siasatan Unit Audit Dalam


3. GPPAD 1 hingga 7 bertujuan untuk membantu Unit Audit Dalam menjalankan tugas dengan lebih sistematik bagi membantu organisasi mencapai matlamatnya dengan menyumbang ke arah peningkatan tahap akauntabiliti dan tadbir urus dengan menilai serta menentukan sama ada:

  • Wujud kawalan dalaman yang mencukupi dan berkesan terhadap sistem dan prosedur organisasi;
  • Undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa dipatuhi;
  • Wujud struktur dan sistem pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan; dan
  • Rekod kewangan dan perakaunan telah diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini.
     

GPPAD in disediakan adalah berdasarkan kepada kriteria pengauditan Indeks Akauntabiliti pengurusan kewangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara sebagai satu rujukan.


4. Tujuh (7) GPPAD berkenaan pengauditan pengurusan kewangan adalah seperti berikut:-

  • GPPAD 1 Pengauditan Pengurusan Dan Pentadbiran
  • GPPAD 2 Pengauditan Pengurusan Bajet
  • GPPAD 3 Pengauditan Pengurusan Terimaan
  • GPPAD 4 Pengauditan Pengurusan Perbelanjaan
  • GPPAD 5 Pengauditan Pengurusan Kumpulan Wang/Akaun Amanah
  • GPPAD 6 Pengauditan Pengurusan Aset, Inventori Dan Stor
  • GPPAD 7 Pengauditan Pengurusan Pelaburan


5. Manakala GPPAD 8; berkenaan Siasatan yang disediakan bertujuan untuk membantu pegawai-pegawai Audit melaksanakan siasatan  tertentu atas arahan arahan Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan Persekutuan/Setiausaha Kerajaan Negeri.

Isi Kandungan GPPAD

Sumber Dokumen: Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia


Kemaskini pada 2021-07-27 23:09:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page