FAKTA UTAMA MENGENAI KAJIAN SISTEM KESIHATAN MALAYSIA
- KAJIAN SISTEM KESIHATAN MALAYSIA adalah cadangan yang bertujuan untuk mengukuhkan sistem kesihatan untuk membolehkannya diakses oleh semua Rakyat Malaysia.
- Kajian ini masih lagi diperingkat konsep.
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih memperincikan isu-isu teknikal mengenai cadangan ini bersama-sama dengan pihak-pihak yang berkepentingan.
KENAPA PERLU DIKAJI?
- Keluhan Rakyat mengenai;
- Masa menunggu yang panjang.
- Kesesakan.
- Kos penjagaan kesihatan yang tinggi.
- Kebimbangan Rakyat mengenai kos pembiayaan untuk rawatan penyakit yang serius.
- Kebimbangan Rakyat terhadap kos penjagaan kesihatan yang semakin tinggi di usia tua.
APAKAH HARAPAN YANG INGIN DICAPAI DALAM SISTEM KESIHATAN DI MASA HADAPAN??
- Rakyat boleh membuat pilihan untuk mendapatkan rawatan di klinik dan hospital awam atau swasta, tanpa mengira sama ada mereka kaya atau miskin.
- Tidak kira tahap usia dan tahap kesihatan, Rakyat boleh mendapatkan penjagaan kesihatan yang berkualiti.
- Rakyat boleh mendapatkan penjagaan kesihatan berhampiran tempat tinggal atau tempat kerja mereka.
- Rakyat akan ada doktor keluarga masing-masing. Mereka boleh memilih doktor keluarga masing-masing dan menukarnya sekiranya perlu.
- Doktor keluarga ini akan lebih mengenali dan memahami masalah kesihatan setiap individu dan keluarga mereka. Doktor keluarga ini akan membantu mereka untuk terus sihat sepanjang hayat.
- Rakyat tidak perlu bimbang mengenai bayaran semasa mereka mendapatkan rawatan yang mereka layak.
- Kerajaan akan terus membiayai penjagaan kesihatan untuk Rakyat miskin.
- Sumbangan untuk keperluan penjagaan kesihatan tidak akan membebankan Rakyat.
- Rakyat tidak akan mengalami masalah kewangan atau jatuh miskin kerana membiayai rawatan kesihatan.
- KKM mengalu-alukan sumbangan idea dan maklumbalas mengenai bagaimana sistem kesihatan negara boleh diperkukuhkan lagi.
- Sekiranya anda ada cadangan, maklumbalas atau pertanyaan, hantarkan kepada Forum1Care@moh.gov.my
FORUM KAJIAN SISTEM KESIHATAN MALAYSIA
Tujuan : Untuk mendapatkan idea dan cadangan bagi meningkatkan kualiti sistem kesihatan di Malaysia serta menambahbaik kecapaian (access) rakyat kepada perkhidmatan kesihatan.
| Tarikh |
Masa |
Tempat |
| 16 Dis. 2012 (Ahad) |
9.00 pagi – 12.00 tengahari |
Dewan MITC, Air Keroh, Melaka |
| 1 Dis. 2012 (Sabtu) |
8.00 pagi – 12.00 tengahari |
Dewan Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban |
| 14 Okt 2012 (Ahad) |
10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Dewan Warisan, Kangar, Perlis |
| 13 Okt 2012 (Sabtu) |
9.00 pagi – 12.00 tengahari |
Dewan Serbaguna, Fasa 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Kedah |
| 9 Sept. 2012 (Ahad) |
3.00 – 5.30 petang |
Auditorium, Islamic Information Centre, Kuching |
| 8 Sept 2012 (Sabtu) |
9.00 pagi – 1.00 petang |
Auditorium Sekolah Perubatan, Blok B, Sekolah Perubatan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. |
| 23 Jun 2012 (Sabtu) |
2.00 – 5.00 petang |
Dewan Utama, Menara Yayasan Islam Tereggganu, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu |
| 26 Mei 2012 (Sabtu) |
2.00 – 5.00 petang |
Dewan Utama Kampus KesihatanUniversiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan |
| 28 April 2012 (Sabtu) |
2.00 – 5.00 petang |
Auditorium , Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor, Lot 8173, Jalan Persiaran Kempas Baru 81200 Johor Bahru Johor |
| 31 Mac 2012 (Sabtu) |
10.30 pagi - 12.30 tengahari |
Institut Pengurusan Kesihatan, Bangsar, Kuala Lumpur |
PENDAFTARAN AWAL DIGALAKKAN hubungi : daftarforum@moh.gov.my
KENYATAAN AKHBAR
- In reference to the proposed 1Care for 1Malaysia
|