Lihat Berita

Tajuk Kajian Sistem Kesihatan Malaysia
Disiarkan pada 11-02-2012
Kategori Pengumuman
Penerangan Pengumuman

 

FAKTA UTAMA MENGENAI KAJIAN SISTEM KESIHATAN MALAYSIA

  • KAJIAN SISTEM KESIHATAN MALAYSIA adalah cadangan yang bertujuan untuk mengukuhkan sistem kesihatan untuk membolehkannya diakses oleh semua Rakyat Malaysia.
  • Kajian ini masih lagi diperingkat konsep.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih memperincikan isu-isu teknikal mengenai cadangan ini bersama-sama dengan pihak-pihak yang berkepentingan.

 


KENAPA PERLU DIKAJI?

  1. Keluhan Rakyat mengenai;
    • Masa menunggu yang panjang.
    • Kesesakan.
    • Kos penjagaan kesihatan yang tinggi.

  2. Kebimbangan Rakyat mengenai kos pembiayaan untuk rawatan penyakit yang serius.
  3. Kebimbangan Rakyat terhadap kos penjagaan kesihatan yang semakin tinggi di usia tua.

 

 

APAKAH HARAPAN YANG INGIN DICAPAI DALAM SISTEM KESIHATAN DI MASA HADAPAN??

  1. Rakyat boleh membuat pilihan untuk mendapatkan rawatan di klinik dan hospital awam atau swasta, tanpa mengira sama ada mereka kaya atau miskin.
  2. Tidak kira tahap usia dan tahap kesihatan, Rakyat boleh mendapatkan penjagaan kesihatan yang berkualiti.
  3. Rakyat boleh mendapatkan penjagaan kesihatan berhampiran tempat tinggal atau tempat kerja mereka.
  4. Rakyat akan ada doktor keluarga masing-masing. Mereka boleh memilih doktor keluarga masing-masing dan menukarnya sekiranya perlu.
  5. Doktor keluarga ini akan lebih mengenali dan memahami masalah kesihatan setiap individu dan keluarga mereka. Doktor keluarga ini akan membantu mereka untuk terus sihat sepanjang hayat.
  6. Rakyat tidak perlu bimbang mengenai bayaran semasa mereka mendapatkan rawatan yang mereka layak.
  7. Kerajaan akan terus membiayai penjagaan kesihatan untuk Rakyat miskin.
  8. Sumbangan untuk keperluan penjagaan kesihatan tidak akan membebankan Rakyat.
  9. Rakyat tidak akan mengalami masalah kewangan atau jatuh miskin kerana membiayai rawatan kesihatan.

 

  • KKM mengalu-alukan sumbangan idea dan maklumbalas mengenai bagaimana sistem kesihatan negara boleh diperkukuhkan lagi.
  • Sekiranya anda ada cadangan, maklumbalas atau pertanyaan, hantarkan kepada Forum1Care@moh.gov.my  

 

 

free web stats

FORUM KAJIAN SISTEM KESIHATAN MALAYSIA

Tujuan :
Untuk mendapatkan idea dan cadangan bagi meningkatkan kualiti sistem kesihatan di Malaysia serta menambahbaik kecapaian (access) rakyat kepada perkhidmatan kesihatan.

Tarikh  Masa  Tempat   
16 Dis. 2012 (Ahad) 9.00 pagi – 12.00 tengahari  Dewan MITC, Air Keroh, Melaka
1 Dis. 2012 (Sabtu) 8.00 pagi – 12.00 tengahari Dewan Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban
14 Okt 2012 (Ahad)  10.00 pagi – 12.00 tengahari  Dewan Warisan, Kangar, Perlis 
13 Okt 2012 (Sabtu)   9.00 pagi – 12.00 tengahari  Dewan Serbaguna, Fasa 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Kedah  
9 Sept. 2012 (Ahad)  3.00 – 5.30 petang  Auditorium, Islamic Information Centre, Kuching
8 Sept 2012 (Sabtu)  9.00 pagi – 1.00 petang  Auditorium Sekolah Perubatan, Blok B, Sekolah Perubatan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.
23 Jun 2012 (Sabtu) 2.00 – 5.00 petang  Dewan Utama, Menara Yayasan Islam Tereggganu, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu  
26 Mei 2012 (Sabtu) 2.00 – 5.00 petang Dewan Utama  Kampus KesihatanUniversiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan
28 April 2012 (Sabtu) 2.00 – 5.00 petang Auditorium , Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor, Lot 8173, Jalan Persiaran Kempas Baru 81200 Johor Bahru Johor
31 Mac 2012 (Sabtu) 10.30 pagi - 12.30 tengahari Institut Pengurusan Kesihatan, Bangsar, Kuala Lumpur


PENDAFTARAN AWAL DIGALAKKAN hubungi :  daftarforum@moh.gov.my

 

 

KENYATAAN AKHBAR

  1. In reference to the proposed 1Care for 1Malaysia

Kembali