Lihat Berita

Tajuk Maklumbalas: Doktor Pelatih Mati Dalam Tandas Hospital - Sistem Waktu Bekerja Fleksi Pegawai Perubatan Siswazah Dipatuhi
Disiarkan pada 16-04-2012
Kategori Surat Kepada Pengarang
Penerangan Doktor Pelatih Mati Dalam Tandas Hospital - Sistem Waktu Bekerja Fleksi Pegawai Perubatan Siswazah Dipatuhi

 

Perkara              :          KENYATAAN AKHBAR

Tajuk                  :          DOKTOR PELATIH MATI DALAM TANDAS HOSPITAL -

                                    SISTEM WAKTU BEKERJA FLEKSI PEGAWAI PERUBATAN 

                                    SISWAZAH DIPATUHI


Akhbar               :          KOSMO & THE STAR

Tarikh Siaran       :          12 APRIL 2012

Kategori              :          LAPORAN

Dikeluarkan Oleh :          DR. KULDIP KAUR A/P PREM SINGH

                                     PENGARAH HOSPITAL KAJANG

 

 

Merujuk kepada laporan akhbar KOSMO bertarikh 12 April 2012 bertajuk DOKTOR PELATIH MATI DALAM TANDAS HOSPITAL : SISTEM WAKTU BEKERJA FLEKSI PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH DIPATUHI” dan akhbar The Star dalam ruangan Nation muka surat 23 bertajuk Trainee Doctor Found Dead After Suspected Overdose”.

 

Pihak pengurusan Hospital Kajang ingin mengulas berkenaan dakwaan doktor pelatih yang bekerja selama 5 hari berturut-turut tanpa cuti.

 

Untuk makluman, Sistem Waktu Bekerja Fleksi Pegawai Perubatan Siswazah telah dilaksanakan dan dipatuhi di Hospital Kajang bermula September 2011 di mana  pegawai terlibat dikehendaki bekerja untuk purata 60 jam seminggu dengan 2 hari cuti rehat.

 

Dari siasatan mendapati, seminggu sebelum kejadian mendiang hanya bekerja selama 57 jam.  Beliau telah diberi cuti rehat 1 hari sebelum bekerja syift malam pada 10 April 2012 dan juga pada 7 April 2012.

 

Sekian.

Kembali