Perkara : KENYATAAN AKHBAR
Tajuk : LETUPAN KECIL DI HPP
Akhbar : HARIAN METRO
Tarikh Siaran : 21 APRIL 2012
Kategori : LAPORAN
Dikeluarkan Oleh :DR. YASMIN BT. SULAIMAN (MPM: 24577)
PENGARAH HOSPITAL PULAU PINANG
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Untuk makluman, satu insiden telah berlaku di Jabatan Pengimejan Diagnostik (terletak di tingkat bawah) pada 3:30 petang pada 20 April 2012 dimana mesin MRI (di beli pada tahun 2002) telah mengalami kerosakan 'Quench') di mana gas Helium telah dibebaskan ke atas Unit GICU (terletak di Tingkat 1).
Panggilan bomba telah dibuat oleh Pegawai di GICU disebabkan gas yang dibebaskan kelihatan berasap. Semasa kejadian tiada berlaku sebarang kecerderaan dan kemalangan berlaku kepada pesakit dan kakitangan hanya kedengaran letupan.
Pihak faber dan vendor syarikat Philipps telah dipanggil untuk mengambil tindakan segera untuk melihat situasi tersebut. Untuk makluman, mesin MRI tersebut telah beroperasi semula pada 26 April 2012.
Sekian.
|