Lihat Berita

Tajuk Maklum Balas : Berdiri Tunggu Giliran Klinik Kesihatan
Disiarkan pada 18-05-2012
Kategori Surat Kepada Pengarang
Penerangan Surat Kepada Pengarang

 

Perkara

:

MAKLUM BALAS


Tajuk

:

BERDIRI TUNGGU GILIRAN KLINIK KESIHATAN


Akhbar

:

BERITA HARIAN


Tarikh Siaran

:

2 MEI 2012


Kategori

:

ADUAN


Dikeluarkan Oleh

:

DR MOHAMAD PAID BIN YUSOF

PEGAWAI KESIHATAN DAERAH SEREMBAN

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada berita yang disiarkan di dalam Berita Harian bertarikh 2 Mei 2012 mengenai perkara di atas.

 

Pihak Pejabat Kesihatan Seremban telah menyiasat perkara tersebut.  Berikut adalah penemuan hasil siasatan;

 

i)    Terdapat sebanyak 106 buah kerusi di ruang menunggu pendaftaran di KK Seremban. Ruang ini juga digunakan oleh pesakit untuk menunggu bagi mendapat ubat dari Unit Farmasi.

ii)   Kebiasaannya, seramai 120 pesakit berupaya didaftar dalam satu jam oleh 2 orang petugas. Ini bermakna, seorang pesakit hanya perlu menunggu untuk tempoh 2 minit untuk tujuan pendaftaran.  Walau bagaimanpun, terdapat pesakit perlu menunggu sehingga lima minit kerana prosedur mengesan kad rawatan lama.

iii)  Secara purata, kedatangan harian ke KK Seremban adalah 1,300 pesakit dan angka ini boleh mencecah 1500 – 1600 sehari terutama pada hari-hari sebelum atau selepas cuti umum.

 

Berdasarkan penemuan di atas, pihak kami berpendapat bilangan kerusi yang ada di ruang menunggu pendaftaran adalah mencukupi.  Walau bagaimanapun, keadaan boleh menjadi sesak pada waktu pagi terutamanya pada hari-hari sebelum atau selepas cuti umum.

 

Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak pengurusan KK Seremban akan terus meningkatkan usaha bagi melaksana sistem temujanji berperingkat bagi pesakit yang perlu mendapat rawatan susulan dan pelanggan yang mendapat perkhidmatan di Unit Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak.  Pelaksanaan sistem ini boleh mengelakkan kedatangan pesakit yang terlalu ramai pada satu-satu masa.


Sekian, terima kasih.

Kembali