Lihat Berita

Tajuk Maklum Balas : Kesihatan Anak Di Dakwa Parah Selepas Rawatan
Disiarkan pada 18-05-2012
Kategori Surat Kepada Pengarang
Penerangan Surat Kepada Pengarang

 

Perkara

:

MAKLUM BALAS


Tajuk

:

KESIHATAN ANAK DI DAKWA PARAH SELEPAS RAWATAN


Akhbar

:

SINAR HARIAN, UTUSAN MALAYSIA DAN KOSMO


Tarikh Siaran

:

16 MEI 2012


Kategori

:

ADUAN


Dikeluarkan Oleh

:

DR HJ JAMALUDDIN BIN AHMAD

TIMBALAN PENGARAH HOSPITAL (PEMBEDAHAN)

HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

 

Saya merujuk kepada aduan akhbar Sinar Harian, Utusan Malaysia dan Kosmo bertarikh 16 Mei 2012  isu tersebut ialah  ‘Kesihatan Anak Di Dakwa Parah Selepas Rawatan’ adalah berkaitan.

 

Adik Mohd Haiqal Bin Nor Azman yang juga pelajar 16 tahun ini, telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah pada 25 Januari 2012 kerana mengalami sakit perut, demam, sesak nafas dan kekuningan selama tiga minggu. Menurut ibunya, pesakit ini pernah mandi di air terjun pada Disember 2011.  Pada hari kemasukan, pesakit telah didiagnosa mengalami penyakit  ‘Leptospirosis’ dan kemungkinan ‘Liver abscess’.

 

Pada 26 Januari 2012, pesakit telah menjalani pemeriksaan imbasan  abdomen. Hasil imbasan tersebut menunjukkan pesakit mengalami penyakit ‘ BuddChiari Syndrome’. Penyakit ini jarang berlaku; 1 dalam sejuta pesakit.  Antara komplikasi penyakit ini ialah pesakit akan mengalami kegagalan hepar (hati) dan Januarigkitan kuman.  Pada 29 Januari 2012 pesakit telah dirujuk ke Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM) dengan bantuan alat pernafasan untuk mendapat rawatan lanjut.   Ibu bapa pesakit telah diberitahu situasi anak mereka dan bersetuju di atas rawatan ini.  Semasa di HUKM pesakit telah dirawat di Unit Rawatan Rapi.  Beliau telah menjalani pemeriksaan imbasan otak dan menunjukkan beliau mengalami kerosakan sel otak, pengecutan otak dan kegagalan hepar.

 

Pada 10 Februari 2012 pesakit telah dikembalikan ke Hospital Sultanah Aminah.  Sejak dari tarikh itu, pesakit telah diberi perawatan oleh pelbagai disiplin perubatan.  Tabung Bantuan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan permohonan alat-alat bantuan seperti ripple mattres dan recliner wheel chair yang boleh digunakan oleh pesakit semasa berada di rumah nanti.

 

Ibu bapa juga telah diajar cara-cara untuk membantu pesakit ketika di rumah.  Buat masa ini, pesakit dalam keadaan stabil, sedar dan boleh makan tetapi masih terlantar di atas katil.

Kembali