Lihat Berita

Tajuk Maklum Balas : Aduan Faryad (IMB39903)
Disiarkan pada 10-07-2012
Kategori Surat Kepada Pengarang
Penerangan Surat Kepada Pengarang

 

Perkara                      :           MAKLUM BALAS

 

Tajuk                          :           ADUAN FARYAD (IMB39903)

 

Akhbar                       :           HARIAN METRO

 

Tarikh Siaran               :           6 JULAI 2012

 

Kategori                     :           SMS

 

Dikeluarkan Oleh         :           DR. HJ. JAMALUDDIN BIN AHMAD

                                              TIMBALAN PENGARAH HOSPITAL (PEMBEDAHAN)

                                              B.P PENGARAH HOSPITAL SULTANAH AMINAH

                                              JOHOR BAHRU

 

Merujuk kepada aduan FARYAD (IMB39903) yang telah disiarkan di rungan IM Lapor bertarikh 06 Julai 2012, terlebih dahulu pihak pengurusan hospital mengucapkan terima kasih kepada FARYAD (IMB39903) kerana telah mengemukakan aduan berkenaan.

 

Namun yang demikian, pihak pengurusan hospital memerlukan butiran seperti di bawah untuk menjalankan siasatan lanjut. Di antara butiran yang diperlukan ialah tarikh dan masa lawatan, tempat kejadian berlaku, memandangkan HSAJB mempunyai 6 buah wad ICU iaitu ICU Barat, ICU Selatan, CICU, CCU, PICU dan Neuro HDU.

Sehubungan dengan itu, mohon pengadu menghubungi Unit Perhubungan Awam, Hospital Sultanah Aminah di talian 07 – 225 7000 sambungan 2722 atau e-mail kepada kami di alamat publichsajb@johr.moh.gov..my untuk tindakan lanjut.

 

Sekian, terima kasih.

Kembali