Lihat Berita

Tajuk Maklum Balas : Klinik Macam Sardin Dalam Tin : Pesakit Terpaksa Keluar Awal Pagi, Tunggu Giliran Berjam-Jam
Disiarkan pada 10-07-2012
Kategori Surat Kepada Pengarang
Penerangan Surat Kepada Pengarang

 

Perkara                      :           MAKLUM BALAS

 

Tajuk                          :           KLINIK MACAM SARDIN DALAM TIN :

                                              Pesakit terpaksa keluar awal pagi, tunggu

                                              giliran berjam-jam

 

Akhbar                       :           KOSMO

 

Tarikh Siaran              :           25 JUN 2012

 

Kategori                     :           LAPORAN

 

Dikeluarkan Oleh         :           DATO' DR HJ AZMAN ABU BAKAR

                                              PENGARAH KESIHATAN NEGERI SELANGOR

 

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan pihak akhbar KOSMO terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk Kawasan Gombak Setia seperti yang disuarakan dalam akhbar terbitan hari Isnin, bertarikh 25 Jun 2012.

 

Untuk makluman, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah sedia maklum akan masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat di mana Panel Penasihat Klinik telah memohon untuk mendapatkan sebuah bangunan baru bagi Klinik Kesihatan (KK) Gombak Setia.  Permohonan ini telah dipanjangkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ke Bahagian Perancang dan Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia.  Projek ini juga telah mendapat perhatian YB Menteri Kesihatan dan beliau telah bersetuju untuk menyenaraikan permohonan ini di dalam Rancangan Malaysia ke 10 - 3rd Rolling Plan.

 

Walau bagaimanapun, bagi sementara waktu sehingga bangunan baru ini dapat dibina, terdapat beberapa fasiliti kesihatan berhampiran yang boleh di akses oleh penduduk setempat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan selain dari KK Gombak Setia.  antaranya ialah Klinik Desa (KD) Batu 8 yang kini sedang dalam proses pengubahsuaian untuk dinaiktaraf ke Klinik Kesihatan  di mana fasiliti  ini dijangka akan mula beroperasi pada bulan September 2012.  Selain dari itu, perkhidmatan kesihatan pesakit luar boleh juga didapati dari Klnik 1Malaysia (K1M) Taman melati yang terletak kurang 1KM dari KK Sombak Setia.  Diharapkan agar dengan usaha kerajaan membina K1M dan projek naik taraf Klinik Desa ke Klinik Kesihatan sedikit sebanyak akan dapat menampung kesesakan yang dialami penduduk setempat sementara menanti pembinaan sebuah bangunan baru bagi KK Gombak Setia.

Kembali