Lihat Berita

Tajuk Maklum Balas : Kehadiran Anjing Sekitar Hospital Tuanku Ja'afar Seremban
Disiarkan pada 10-07-2012
Kategori Surat Kepada Pengarang
Penerangan Surat Kepada Pengarang

 

Perkara                      :           MAKLUM BALAS

 

Tajuk                          :           KEHADIRAN ANJING SEKITAR HOSPITAL

                                              TUANKU JA'AFAR SEREMBAN

 

Akhbar                       :           HARIAN METRO

 

Tarikh Siaran              :           22 JUN 2012

 

Kategori                     :           SMS

 

Dikeluarkan Oleh       :           ROSLEEZAM BIN JAMAUDIN

                                            Ketua Penolong Pengarah

                                            b/p. Pengarah

                                            Hospital Tuanku  Ja’afar Seremban

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas dan maklum balas GAZZEEL (IMB88672) bertarikh 22 Jun 2012 dalam Harian Metro adalah berkaitan.

Sukacita dimaklumkan Pihak Pengurusan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban merakamkan jutaan terima kasih di atas maklum balas yang telah dikemukakan oleh pihak pengadu.

 

Untuk makluman tuan, tiada anjing liar di dalam kawasan hospital.  Walaubagaimanapun, anjing-anjing yang kelihatan adalah anjing yang datang dari kawasan luar.  

 

Bagi mengatasi masalah ini, pihak hospital akan memantau dengan cara menghalau anjing-anjing ini keluar daripada kawasan hospital.  Sehubungan itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

Kembali