Lihat Kenyataan Akhbar > Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia

Tajuk Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Januari 2012
Penerangan

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

  

PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN JANUARI 2012

  ________________________________________________________

 

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam demi kepentingan kesihatan awam.

 

Bagi bulan Januari  2012, kami ingin memaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan kesihatan awam.

 

1).     Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan kawalan wabak denggi, sejumlah 1,132 kompaun yang bernilai     RM 484,500.00  telah dikeluarkan  dengan purata RM 428.00 tiap kompaun.  Sejumlah 231 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah,  dan  dalam masa yang sama sebanyak 56 kes  telah disabitkan kesalahan dan sejumlah RM 16,950.00 denda dikenakan, iaitu purata RM 302.67 tiap denda.   

 

2).     Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004,  daripada 5,128 lawatan pemeriksaan sejumlah 2,984 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama 972 kesalahan telah dikompaun sebanyak RM 219,750.00 dengan nilai purata RM 226.10  tiap kompaun. Sejumlah 659 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah,  dan  dalam masa yang sama sebanyak 56 kes  telah disabitkan kesalahan dan sejumlah RM 10,030.00 denda dikenakan, iaitu purata RM 179.10 tiap denda.  

 

Adalah dimaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta  semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan  perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.  

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

22  Februari  2012

Ditambah pada 24-02-2012

Kembali