Lihat Kenyataan Akhbar > Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia

Tajuk Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Mac 2012
Penerangan



KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

  

PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN MAC 2012

  ________________________________________________________

 

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan dan perundangan di bawah undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam.

 

Bagi bulan Mac 2012, berikut dimaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.

 

1.      Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan wabak denggi, sejumlah 1,857 kompaun bernilai RM 802,650.00  telah dikeluarkan  dengan purata RM 432.23 tiap kompaun.  Sejumlah 131 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan  dalam masa yang sama sebanyak 121 kes  telah disabitkan kesalahan dan sejumlah RM 30,150.00 denda dikenakan, iaitu purata RM 249.17 tiap denda.   Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga  Mac  tahun ini, jumlah keseluruhan  kompaun  yang dikeluarkan adalah sebanyak 4,680 dengan nilai RM 2,112,950.00.  Sejumlah 508 kes telah didaftarkan  untuk  tindakan  mahkamah  dan dalam masa yang  sama  230  kes  telah disabitkan kesalahan dimana sejumlah  RM 74,250.00  denda  telah dikenakan.

 

2.      Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004,  daripada 6,035 lawatan pemeriksaan sejumlah 2,955 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama 1,621 kesalahan telah dikompaun sebanyak RM 364,150.00 dengan nilai purata RM224.64  tiap kompaun.  Bagi  tempoh  Januari  sehingga Mac tahun ini, sejumlah 8,872 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama sebanyak 3,994 kesalahan telah dikompaun dengan nilai   RM 899,375.00.  

 

Adalah dimaklumkan, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta  semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan  perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.  

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 17 April 2012

Ditambah pada 19-04-2012

Kembali