|
PROGRAM PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN TAWARAN
Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya di bawah Kod Bidang : 210100 sub bidang 210101, 210102, 210103, 210104 dan 210105 bagi menyertai sebut harga berikut:
NO. SEBUT HARGA : SH/K/3/2012
TAJUK SEBUT HARGA : SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN DAN SOKONGAN OPERASI BAGI PERKAKASAN, PERISIAN DAN SISTEM APLIKASI MALAYSIA HEALTH INFORMATION EXCHANGE (MyHIX), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
TARIKH BUKA : 25 JUN 2012 ( ISNIN)
TARIKH TUTUP : 5 JULAI 2012 (KHAMIS)
2. Dokumen Sebut harga boleh diperolehi pada waktu pejabat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang mulai 25 JUN 2012 sehingga 5 JULAI 2012 di Unit Pentadbiran dan Kewangan, Program Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E1, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya.
3. Dokumen sebut harga boleh didapatkan secara PERCUMA . Namun ianya hanya akan dikeluarkan kepada syarikat/wakil syarikat yang mengemukakan Sijil Asal PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA berserta salinan fotostat (tidak dikembalikan)
4. Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga di Unit Pentadbiran dan Kewangan, Program Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E1, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya sebelum jam 12.00 tengah hari pada 5 JULAI 2012 (KHAMIS). Tawaran yang lewat tidak akan diterima.
5. Pertanyaan mengenai spesifikasi Sebut Harga sila berhubung dengan Puan Rohaidah bt Mat Johor di talian 03-88831052.
|