PENGUMUMAN TAWARAN BIASISWA BAGI MENGIKUTI KURSUS BACHELOR OF SCIENCE (NURSING) SECARA SEPENUH MASA DI BAWAH PROGRAM A.I.F MALAYA NURSING SCHOLARSHIP TAHUN 2022
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK PAUTAN BERIKUT :
Borang Permohonan Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan-CB Dengan Tajaan Luar
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempelawa Jururawat Terlatih untuk mengikuti program Bachelor of Science (Nursing) secara sepenuh masa di bawah Program Tajaan A.I.F Malaya Nursing Scholarship mulai Februari 2022 di Curtin University School Of Nursing, Australia.
Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan dan permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 1 Julai 2021 kepada:
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
Cawangan Operasi Latihan
Bahagian Pengurusan Latihan, KKM
Aras 6, No 26, Persiaran Perdana, Presint 3
62675, Putrajaya
(u/p : Pn. Maizatul Neza Binti Junus)
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan tawaran biasiswa ini boleh dirujuk ke Unit Latihan dalam Perkhidmatan 1, Bahagian Pengurusan Latihan, KKM seperti berikut:
Pn. Maizatul Neza Binti Junus
Penolong Setiausaha Kanan
E.mail: maizatul.neza@moh.gov.my
No. Telefon: 03-8885 0681
No. Faks: 03-8885 0746
Kemaskini pada 2021-05-18 15:50:50 daripada Administrator