Tajuk Kenyataan Akhbar Kelima Status Semasa Pemantauan Pencemaran DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) Dan DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) Dalam Makanan Import Dari Taiwan
Penerangan

JATA.gif

 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

KENYATAAN AKHBAR KELIMA

 

STATUS SEMASA PEMANTAUAN PENCEMARAN di (2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) DAN DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) DALAM makanan IMPORT dari TAIWAN  

 

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini mengenai pemantauan makanan import dari Taiwan yang dicemari oleh DEHP.

 

Sebanyak sepuluh (10) lagi produk makanan keluaran Taiwan telah dianalisis dan disahkan tidak mengandungi DEHP seperti di Lampiran 1.

 

Pada 3 Jun 2011, pihak Food and Drug Administration (FDA), Taiwan telah memaklumkan KKM berkenaan tambahan beberapa makanan keluaran Taiwan yang telah disahkan tercemar dengan DEHP dan telah dieksport ke Malaysia. Produk-produk tersebut adalah :

 

i) Black Tea keluaran Good Young Co., LTD

ii) Lemon Juice Power A keluaran Kakawa Enterprise Co., LTD

iii) Fruity Jelly / Assorted (210g, 525g dan 1260g), Bear Fruity Jelly Brown (580g), Bear Fruity Jelly Pink (580g), Fruity Jelly N.C (9.08kg), Fruity Jelly Bear (9.08kg) keluaran Triko Foods Co., LTD

 

Sehubungan dengan itu, KKM telah menghubungi kesemua pengimport produk terbabit di atas untuk melaksanakan tindakan memanggil balik produk makanan tersebut yang berada di pasaran tempatan dengan kadar segera. KKM juga menjalankan pemantauan di pasaran tempatan dan sekiranya produk terlibat masih dijual, tindakan rampasan akan dijalankan.

 

Justeru itu, orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan  kawalan  telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut. Pengguna yang telah membeli produk makanan berkenaan keluaran Taiwan yang telah disahkan tercemar dengan DEHP dinasihati tidak memakan produk tersebut.

 

Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653 atau laman web http://www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my

  

 

Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

4 JUN 2011

 

LAMPIRAN I

 

PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN YANG DIANALISA DAN DIDAPATI TIDAK TERCEMAR DEHP

 

 

 

 

BIL. JENIS MAKANAN JENAMAN
1 Passion Fruit Drink (Minuman Buah Markisa)  CHATIME
2 Passion Fruit Drink (Minuman Buah Markisa) CHATIME
3 Cranberry Juice Cocktail OCEAN SPRAY
4 Cranberry Refreshers OCEAN SPRAY
5 Mango Flavour Coconut Jelly e.BEN
6 Fruitgurt Yogurt Style NEW CHOICE
7 Manggo Agar Pudding  雪之戀
8 Seaweed De Vinegar Drink   U. MAY
9 Plum Active Vinegar Drink  Ã§â„¢Â¾Ã¥Â®Â¶Ã§ÂÂ
10 Peach Health Vinegar Drink  Ã§â„¢Â¾Ã¥Â®Â¶Ã§ÂÂ
11 Grape Vinegar Drink  e. Ben
12 Plum Extract Jelly  Ã©â€ºÂªÃ£ÂÂ®Ã¦Ë†â‚¬
13 Sliced Cheese FIRST CHOICE
14 Assorted Fruit Flavour Jelly                    e.Ben
15 Ruby Red Grapefruit DrinK  OCEAN SPRAY
16 Orange Vinegar Drink  Ã§â„¢Â¾Ã¥Â®Â¶Ã§ÂÂ
17 Premium White Milk Tea Drink MINE SHINE
18 Finest Quality Milk Tea Drink MINE SHINE 
19 Tomato Drink RED GOLD BANK
20 Grape Seeds Drink AGV

 

PRODUK MINUMAN IMPORT DARI TAIWAN YANG TERCEMAR DENGAN DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP)

 

Bil

Nama Produk / Batch Product

Jenama

Pengeluar

 1

 LEMON JUICE WITH PULP

SUNKIST

COUNTRY HOUSE INC

 2

 ORANGE JUICE WITH PULP

SUNKIST

COUNTRY HOUSE INC.

 3

 ORANGE JUICE

SUNKIST

COUNTRY HOUSE INC.

4 

 ASPARAGUS JUICE / Tarikh Luput sebelum 18 Mei 2012

UNI-PRESIDENT

UNI-PRESIDENT ENTERPRISES CORP.

5

BEST BLACK TEA

C CASA

GOOD YOUNG CO. LTD.

Ditambah pada 03-06-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran