Maklum Balas |
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum tentang perkara yang dibangkitkan oleh pengadu. Untuk makluman, pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad, seorang waris terdekat dibenarkan untuk menemani pesakit di wad setelah mendapat kebenaran staf di wad. Pas menunggu akan diberikan kepada mereka untuk tujuan tersebut. Walaubagaimanapun, semasa doktor pakar dan pasukannya membuat pemeriksaan dan rawatan terhadap pesakit, waris yang menemani pesakit diminta untuk menunggu di luar kawasan rawatan pesakit bagi membolehkan kelancaran pemeriksaan pesakit disamping menjaga kerahsiaan (confidentiality) pesakit-pesakit di wad. Pesakit akan dimaklumkan akan status terkini beliau, rawatan yang diberikan dan perancangan rawatan yang akan diberikan. Sekiranya waris pesakit memerlukan maklumat terkini berkenaan keadaan pesakit, waris pesakit tersebut boleh mengajukan kepada kakitangan di wad dan waris tersebut akan diberi penjelasan selepas doktor pakar dan pasukannya selesai menjalankan pemeriksaan terhadap pesakit. Sekiranya seseorang pesakit itu tenat, pasukan pegawai perubatan akan memaklumkan berkenaan keadaan pesakit dari semasa ke semasa kepada waris pesakit agar keadaan terkini pesakit dapat dimaklumkan segera. KKM sentiasa berusaha untuk memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik bukan sahaja kepada pesakit malah waris- waris pesakit. |