Maklum Balas |
Teguran artikel DIRTY TOILETS MAR GREAT HKL SERVICE yang disiarkan di akhbar New Straits Times, bertarikh 4 Mei 2014 (Ahad), muka surat 17 telah mendapat perhatian pihak pengurusan HKL.
Terima kasih atas teguran itu.
Sebagai sebuah hospital rujukan dan latihan utama negara, HKL menerima jumlah pesakit yang tinggi. Jumlah 84 wad dengan kapasiti sebanyak 2300 katil tidak dinafikan HKL ibarat 7 hospital dalam 1 negeri. Walaubagaimanpun, HKL tidak akan berkompromi dari memberikan keutamaan perawatan terhadap pesakit. Kakitangan wad bermula dari Pembantu Perawatan Pesakit (PPK), jururawat hingga ke doktor akan melakukan yang terbaik bagi memastikan perkhidmatan perawatan dan 'nursing care' diutamakan walaupun diakui wujud kekurangan sumber dalam beberapa hal.
Aspek kebersihan di wad juga diberi penekanan. Kerja-kerja ini termasuk pembersihan lantai, tingkap hatta kebersihan tandas telah dipertanggungjawabkan kepada syarikat konsesi Radicare (M)Sdn.Bhd. Khususnya, berhubung kebersihan tandas di wad, pemantuan dibuat oleh Team Leader pihak Radicare dan disahkan oleh end users (pihak wad) . Pemeriksaan menyeluruh serta merta telah di buat oleh pihak Radicare dan didapati semua tandas di wad adalah bersih dan berfungsi.
Diakui, hanya satu wad yang mana 'floor trap' tersumbat dan telah di ambil tindakan serta merta. Pihak HKL juga melalui Team Leader dan Ketua Jururawat setiap wad sentiasa komited melakukan pemantaun dari semasa ke semasa dan maklum mengenai aspek kebersihan menyeluruh di dalam wad . HKL bukanlah bertindak melalui teguran semata-mata. Menyedari terdapat kelemahan dari segi infrastruktur, kerja-kerja naik taraf yang sedang giat dijalankan di HKL juga meliputi kerja-kerja naik taraf tandas di wad bagi keselesaan pesakit sedang dilakukan secara berperingkat.
Terima kasih di atas atas penghargaan serta teguran yang membina didalam artikel tersebut yang mana secara amnya telah menyuntik semangat warga kerja HKL untuk terus meningkatkan perkhidmatan penyampaian kepada pesakit yang hadir berurusan di HKL.
Sekian, salam hormat.
Saya yang menurut perintah,
t.t.
(DATO' DR. ZAININAH BINTI MOHD ZAIN) (MPM 25004)
Pengarah
Hospital Kuala Lumpur |