Maklum Balas |
Terlebih dahulu, pihak Hospital Serdang mengucapkan terima kasih atas
keprihatinan pengadu dalam mengetengahkan perkara ini untuk
perhatian pihak Pengurusan Hospital Serdang. Sehubungan itu, pihak
Pengurusan Hospital Serdang mengalu-alukan sekiranya HANG TUAH
dapat menghubungi Unit Perhubungan Awam Hospital Serdang di talian
03-89475555 samb. 1813 untuk memberi maklumat terperinci seperti
lokasi yang dimaksudkan dan isu spesifik yang ingin diutarakan.
Pihak kami amat menghargai segala maklumbalas yang diberikan serta
mengharapkan kerjasama daripada semua pihak agar perawatan
pesakit dapat diberikan sebaik yang mungkin dalam suasana yang lebih
selesa.
|