Maklum Balas |
Dimaklumkan bahawa pentadbiran hospital telah menyiasat dan meneliti jadual waktu kerja Pegawai Perubatan Siswazah hospital ini. Sememangnya hospital ini telah melaksanakan sistem flexi seperti yang disarankan oleh Ketua Pengarah Kesihatan mulai bukan September 2011.
Untuk makluman tuan, jumlah keseluruhan perjawatan Pegawai Perubatan Siswazah di hospital ini ialah 404. Namun begitu, hanya seramai 345 Pegawai Perubatan Siswazah sedang menjalani latihan di hospital ini sehingga 28 Oktober 2014. Pegawai Perubatan Siswazah bagi setiap jabatan sekurang-kurangnya 60 orang memandangkan bilangan keseluruhan katil di hospital ini ialah 990 katil dengan beberapa aktiviti sub kepakaran yang boleh ditempatkan Pegawai Perubatan Siswazah di wad-wad berkenaan.
Berikutan dengan itu, setiap Jabatan mempunyai jadual waktu bekerja yang berbeza namun secara purata waktu bekerja Pegawai Perubatan Siswazah di setiap Jabatan adalah 60-75 jam seminggu dan di beri cuti rehat satu hari seminggu. Sememangnya terdapat sedikit hebahan atau kurang bagi waktu bekerja di jabatan-jabatan tertentu memandangkan terdapat Pegawai perubatan Siswazah yang bercuti. Oleh itu jumlah waktu bekerja adalah bergantung kepada bilangan Pegawai perubatan Siswazah yang bertugas di sesebuah jabatan. Walaubagaimanapun jumlah keseluruhan waktu bekerja masih berada dalam tempoh 55-75 jam seminggu. Di samping itu, Pegawai Perubatan Siswazah juga perlu membuat pusingan kerja yang bertujuan untuk meluaskan kemahiran dan pengalaman mereka di dalam jabatan.
Berpandukan garis panduan Pemantapan Program Pegawai perubatan Siswazah Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Fleksi yang Dimodifikasi bertarikh 24 Disember 2013 purata waktu bekerja yang diamalkan di hospital ini adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak kementerian.
|