Tajuk Agar pihak Hospital Serdang Mengambil Langkah Membina Pagar Keselamatan Yang Lebih Tinggi Terutamanya Pagar di Hadapan Wad Bersalin
Akhbar KOSMOS
Tarikh Siaran 08-12-2014
Kategori SMS
Dikeluarkan Oleh DR. SUHAILA BINTI ABU HASSAN (Timbalan Pengarah Perubatan II) Hospital Serdang
Maklum Balas Terlebih dahulu, pihak Hospital Serdang mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pengadu dalam mengetengahkan perkara ini untuk perhatian pihak Pengurusan Hospital Serdang. Sehubungan itu, pihak Pengurusan Hospital Serdang mengalu-alukan sekiranya HANG TUAH dapat menghubungi Unit Perhubungan Awam Hospital Serdang di talian 03-89475555 samb. 1813 untuk memberi maklumat terperinci seperti lokasi yang dimaksudkan dan isu spesifik yang ingin diutarakan. Pihak kami amat menghargai segala maklumbalas yang diberikan serta mengharapkan kerjasama daripada semua pihak agar perawatan pesakit dapat diberikan sebaik yang mungkin dalam suasana yang lebih selesa. Tamat