Print
Tajuk WHY ROB PATIENTS OF THEIR SLEEP AND REST
Akhbar THE STAR
Tarikh Siaran 17-01-2015
Kategori ADUAN AKHBAR
Dikeluarkan Oleh Dr. Rachal Matthew (Timbalan Perubatan I, Hospital Tuanku Jaa'far Seremban)
Maklum Balas Dimaklumkan bahawa pihak hospital telah menjalankan siasatan berhubung perkara ini tetapi malangnya pihak kami tidak dapat menjalankan siasatan secara terperinci kerana mengalami kesulitan disebabkan tiada sebarang maklumat lengkap pesakit diberikan. Walaubagaimana pun, pihak kami telah meneliti secara umum aduan yang dibuat dan izinkan kami member sedikit penjelasan. Untuk makluman pihak tuan, setiap pesakit yang telah selesai menjalani pembedahan di bawah pengaruh bius penuh (general anaesthesia) perlu pemeriksaan tanda vital secara kerap iaitu setiap jam sekurang-kurangnya untuk tempoh empat jam sehingga keadaan pesakit stabil. Sekiranya selepas itu pesakit adalah stabil, tidak sakit dan boleh berjalan maka pemerhatian akan dikurangkan ke setiap dua, empat atau enam jam sekali. Ini bergantung pada jenis pembedahan yang dijalankan samada minor atau major dan ingin ditegaskan bahawa pemerhatian ini adalah untuk keselamatan pesakit kerana masa kritikal untuk kes pembedahan adalah dalam masa 24 jam yang pertama. Untuk makluman tuan HTJS merupakan salah satu hospital kerajaan yang melatih Pegawai Perubatan Siswazah, Pegawai Perubatan Program Masters, Pakar Sub Kepakaran dan Paramedik. Memandangkan bilangan pegawai dalam latihan semakin bertambah jadi mereka perlu mengetahui keadaan pesakit maka pesakit mungkin akan dirawat oleh pegawai dari pelbagai lapisan. Mengenai doKtor menganggu pesakit pada jam 5 pagi, bergantung kepada kes di mana kalau kes kritikal penyedutan (suction) atau fisioterapi perlu dijalankan tidak mengira masa untuk membantu pernafasan pesakit. Ini mungkin di antara sebab pengadu disuruh duduk di kerusi di sebelah katil dan melakukan exercise. Pada kebiasaannya, Pegawai Perubatan Siswazah akan berbuat demikian kerana mereka perlu tahu mengenai pesakit masing-masing supaya semasa rondaan dengan Pakar, mereka dapat menjawab dengan betul atau mereka dapat pass over dengan baik. Tidak semua Pegawai Perubatan begitu ianya banyak bergantung kepada kecekapan seseorang individu serta bilangan pesakit dalam wad pada satu-satu masa. Bagi pesakit yang telah berada di wad untuk beberapa hari gangguan boleh dikurangkan jika Pegawai Perubatan Siswazah mengemaskini rawatan pesakit sebelum balik setiap petang. Mereka boleh membaca nota pesakit dahulu dan kemudian memeriksa pesakit pada jam 6.00 pagi. Pegawai Perubatan Siswazah telah pun dinasihati untuk berbuat demikian. Secara keseleruhannya, tiada doctor yang berniat untuk menggangu pesakit semasa tidur, niat pegawai adalah murni untuk merawat pesakit sebaik mungkin. Kadang-kadang pegawai tidak begitu prhatin tentang keselsaan pesakit dan mereka Cuma menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Pegawai Perubatan atau Pakar keadaan ini mungkin boleh diperbaiki tetapi tidak akan dapat dimansuh sepenuhnya selagi ada Pegawai Perubatan Siswazah dan pegawai baru dari pelbagai kategori yang perlu dilatih. Adalah diharapkan penjelasan di atas dapat menjawab isu yang dibangkitkan oleh pengadu.