Print
Tajuk TERAMAT kesal dengan sikap staf di bilik kecemasan Hospital Yan
Akhbar Utusan
Tarikh Siaran 11-05-2015
Kategori Aduan akhbar
Dikeluarkan Oleh Dr Khadijah binti Sani (Pengarah Hospital)
Maklum Balas Pihak pengurusan Hospital Yan akan terus dan sentiasa memantau mutu perkhidmatan kesihatan di unit Kecemasan dan Trauma. Antara langkah yang diambil adalah mewejudkan Pegawai perhubungan awam (PRO) dalam kalangan staf Unit Kecemasan agar penyampaian maklumat dan komunikasi dua hala dapat dipertingkatkan. Pihak pengurusan akan membuat dan mempamerkan tanda ‘JIKA TERDAPAT SEBARANG MASALAH, SILA BERJUMPA DENGAN STAF YANG BERTUGAS’ untuk memudahkan pesakit atau waris mendapatkan maklumat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Kakitangan unit kecemasan diberi teguran untuk memantapkan cara komunikasi berkesan kepada waris atau pesakit.