BIL.
|
BUTIR-BUTIR TAWARAN
|
JADUAL T/P&P
|
KOD BIDANG
|
1.
|
Tawaran Pembekalan Acetylsalicylic Acid (Aspirin) 100 MG + Glycine 45 MG Tablet/ Kapsul
No. Tender : X0251010304130031
|
49/2013
|
050201
|
2.
|
Tawaran Pembekalan Ezetimibe 10 MG Tablet/ Kapsul
No. Tender : X0251010304130032
|
50/2013
|
050202
|
3.
|
Tawaran Pembekalan Losartan Potassium Tablet/Kapsul Secara Pakej:
a) Losartan Potassium 50 MG Tablet/ Kapsul
b) Losartan Potassium 100 MG Tablet/ Kapsul
No. Tender : X0251010304130033
|
51/2013
|
050202
|
4.
|
Tawaran Pembekalan Valsartan Tablet/ Kapsul Secara Pakej:
a) Valsartan 80 MG Tablet/ Kapsul
b) Valsartan 160 MG Tablet/ Kapsul
No. Tender : X0251010304130034
|
52/2013
|
050202
|
5.
|
Tawaran Pembekalan Doxazosin 4 MG Modified Release Tablet/ Kapsul
No. Tender : X0251010304130035
|
53/2013
|
050202
|
6.
|
Tawaran Pembekalan Sodium Bicarbonate, Citric Acid, Sodium Citrate Dan Tartaric Acid Powder
No. Tender : X0251010304130036
|
54/2013
|
050201
|
Secara ePerolehan
Telecenter:
Kaunter Tender Dan Sebut Harga,
Bahagian Perolehan dan Penswastaan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 7, Blok E7, Kompleks E, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 PUTRAJAYA
No. Telefon : 03-8883 3208
03-8883 3022
Dokumen Tender boleh disemak di alamat seperti di atas semasa waktu pejabat mulai 24 April 2013 (Rabu) atau dengan melayari www.eperolehan.com.my.
ISNIN – KHAMIS - 8.00 PAGI - 1.00 PETANG
- 2.00 PETANG - 4.00 PETANG
JUMAAT - 8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
- 2.45 PETANG - 4.00 PETANG
Pembekal yang ingin menyertai tender ini mestilah ePerolehan enabled. Nombor Rujukan yang dijana oleh sistem ePerolehan boleh diperolehi di Kaunter Telecenter di alamat dan no. Telefon seperti di atas mulai 24 April 2013 (Rabu) dengan Hanya Perlu Membawa No. Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan Malaysia Atau Salinan Sijil Pendaftaran Untuk Pengesahan Pendaftaran.
Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang lengkap hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem ePerolehan dan cadangan ini perlu dikemukakan secara manual pada atau sebelum 16 Mei 2013 (Khamis), jam 12.00 tengah hari. Semua dokumen sokongan tender (seperti katalog, profil syarikat dan lain-lain) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis No. Rujukan Unik yang dijana oleh sistem ePerolehan. Sampul surat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender beralamat seperti di atas pada atau sebelum 16 Mei 2013 (Khamis), jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat tidak akan diterima.
Kementerian Kesihatan Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah ataupun sebarang tawaran.
Syarikat/Firma/Koperasi/Pemilikan Tunggal* hendaklah mengambil perhatian bahawa setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment) melalui sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan pada kadar sebanyak 0.8% dengan had maksimum RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih;
Atau
Setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) melalui sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak 0.4% dengan had maksimum RM4,800 bagi pesanan bernilai RM1.2 juta atau lebih.
*Yang mana berkenaan
Ketua Setiausaha,
Kementerian Kesihatan Malaysia. |