Aktiviti saringan kesihatan dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pekerja yang mempunyai faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD). Dengan menjalankan aktiviti ini, majikan dapat mengetahui status kesihatan pekerja mereka. Seterusnya, dapat melaksanakan intervensi bagi tindakan pencegahan faktor risiko NCD. Kekerapan bilangan saringan peserta sihat adalah sekali setahun
Objektif aktiviti saringan kesihatan adalah seperti berikut:
i. Mengesan faktor risiko penyakit tidak berjangkit.
ii. Mengesan penyakit tidak berjangkit pada peringkat awal.
iii. Mengenalpasti status kesihatan pekerja.
iv. Melaksanakan aktiviti intervensi bagi mereka yang berisiko.
v. Menggalakkan pekerja melakukan pemeriksaan kesihatan.
vi. Menilai keberkesanan Program KOSPEN WOW.
Komponen-komponen saringan kesihatan:
i. Indeks jisim tubuh.
ii. Ukur lilit pinggang.
iii. Paras glukosa dalam kapilari darah.
iv. Tekanan darah.
v. Status merokok.
vi. Saringan minda sihat.
vii. Saringan kebergantungan kepada alkohol.
Jadual tindakan susulan bagi bacaan komponen-komponen saringan
Komponen
Saringan
|
Bacaan
|
Tindakan susulan
|
Indeks Jisim Tubuh
|
25.0 - 29.9kg/m2
|
Intervensi melalui aktiviti Program KOSPEN WOW.
|
30 – 34.9 kg/m2
|
Mengikuti intervensi pengurusan berat badan. Ulangi berat badan selepas 6 bulan dan rujukan ke Klinik Panel/Klinik Kesihatan jika tiada penurunan berat badan.
|
≥ 35 kg/m2
|
Rujuk Klinik Panel/Klinik Kesihatan.
|
Ukur Lilit Pinggang
|
Lelaki < 90 cm (35 inci)
|
Bagi peserta melebihi nilai normal digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat dan melaksanakan aktiviti fizikal mengikut kategori umur dan kemampuan diri.
|
Perempuan < 80 cm (31 inci)
|
Paras Gula dalam Kapilari Darah
|
< 5.6 mmol/L
|
Teruskan amalan gaya hidup sihat dan mengikuti aktiviti Program KOSPEN WOW.
|
≥ 5.6 mmol/L
|
Rujuk ke Klinik Panel/ Klinik Kesihatan untuk ujian pengesahan dan lakukan intervensi atas nasihat doktor.
|
Tekanan Darah
|
<120/80 mmHg
|
Teruskan amalan gaya hidup sihat dan mengikuti aktiviti Program KOSPEN WOW.
|
120-139/80-89 mmHg
|
Intervensi melalui aktiviti Program KOSPEN WOW.
|
≥140/90 mmHg
|
Rujuk ke Klinik Panel/ Klinik Kesihatan dan lakukan aktiviti intervensi atas nasihat doktor.
|
Status Merokok
|
Tidak merokok
|
Tahniah, teruskan amalan gaya hidup sihat.
|
Merokok dan tidak bersedia berhenti merokok
|
Intervensi melalui aktiviti Program KOSPEN WOW.
|
Merokok dan bersedia berhenti merokok tetapi tidak mahu dirujuk ke Klinik Berhenti Merokok atau perkhidmatan berhenti merokok MQuit.
|
Intervensi melalui aktiviti Program KOSPEN WOW.
|
Merokok dan bersedia berhenti merokok dan mahu dirujuk ke Klinik Berhenti Merokok atau perkhidmatan berhenti merokok MQuit.
|
Rujukan ke perkhidmatan berhenti merokok MQuit yang disediakan.
Mendaftarkan diri ke perkhidmatan berhenti merokok secara online dan layari www.jomquit.com.my
Intervensi melalui aktiviti Program KOSPEN WOW.
|
Minda Sihat
|
DASS-21 Normal
|
Tahniah, teruskan amalan gaya hidup sihat.
|
DASS-21 Ringan/ Sederhana
|
Latihan kemahiran daya tindak manakala kategori sederhana akan diajar teknik relaksasi.
|
DASS-21 Teruk/ Sangat Teruk.
|
Dirujuk kepada Pegawai Psikologi/ Pegawai Perubatan/ Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga atau Pakar Psikiatri
|
AUDIT-C
|
Tahap risiko rendah, Skor 0-2
|
Pendidikan kesihatan.
|
Tahap risiko sederhana, Skor 3-4
|
Nasihat kesihatan
|
Tahap risiko tinggi, Skor >5
|
Rujuk Klinik Panel/Klinik Kesihatan
|
Langkah-langkah pencegahan penyakit semasa aktiviti saringan
Bagi tujuan pencegahan penyakit melalui transmisi darah, amalan prosedur kawalan infeksi melalui darah perlu dipraktikkan. Elemen penting dalam amalan pencegahan penyakit adalah seperti berikut:
- Pemakaian sarung tangan yang betul, dan
- Pengurusan peralatan tajam dan sisa klinikal yang betul.
Pengurusan peralatan tajam seperti jarum dan sisa klinikal seperti darah dan swab merupakan sisa pembuangan yang berpotensi menyebabkan jangkitan penyakit dan memerlukan sistem pengurusan yang selamat.
Oleh itu, agensi perlu menggunakan Sharp Bin bagi pembuangan peralatan tajam dan sisa klinikal. Seterusnya, Sharp Bin perlu ditukar apabila kandungan telah mencapai paras 3/4 penuh. Contoh Sharp Bin adalah seperti di bawah:

|