Kesihatan minda pekerja mempunyai kaitan rapat dengan pihak pengurusan atasan. Majikan yang menjaga kesihatan minda pekerja mampu mempertingkatkan produktiviti pekerja dan syarikat. Majikan yang berfikiran positif dapat mewujudkan persekitaran bekerja yang sihat. Justeru itu, majikan perlu mempunyai persepsi positif terhadap pekerja dan tidak mengabaikan aktiviti-aktiviti yang dapat menggalakkan kesihatan minda di tempat kerja. Skop ini menekankan tentang pelaksanaan persekitaran yang menyokong dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental, saringan status kesihatan mental, cara tindak diri dan peranan majikan dalam menyokong persekitaran sihat. Cara meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental a) Kenali tanda awal masalah kesihatan mental b) Mengurangkan stigma masalah kesihatan mental c) Memahami apa itu masalah kesihatan mental dan punca kepada masalah tersebut Saringan Minda Sihat Borang Saringan Minda Sihat (DASS 21) akan diedarkan dan diberikan kepada pekerja bagi mengenal pasti tahap kesihatan mental mereka (stres, kemurungan dan anzieti). Ia bersekali dengan Borang daftar pekerja. Berdasarkan keputusan saringan minda sihat (DASS 21), pekerja yang berada pada tahap normal dan ringan akan terlibat dengan intervensi umum serta aktiviti promosi dan kesedaran kesihatan mental. Manakala, bagi pekerja yang berada pada tahap sederhana, teruk dan sangat teruk, saringan DASS dilakukan semula bersama-sama dengan soal selidik lain yang berkaitan. Berikut adalah senarai intervensi-intervensi yang boleh kepada pekerja-pekerja:
Let's TALK adalah satu kempen Minda Sihat yang menangani stigma berkaitan kesihatan minda dan mempromosikan cara mendapatkan bantuan jika kita mengalami masalah berkaitan kesihatan minda. Bahan-bahan promosi Let's TALK boleh dimuatturun dari pautan ini: https://drive.google.com/open?id=1XmwoGClHgaCuc1Kpw_R3OHClmdRMlrBE
|
Kemaskini pada 2022-01-10 07:03:36 daripada kospenp_admin