KOSPEN WOW - Saringan Minda

 

image

        Saringan Minda boleh dibuat menggunakan borang saringan DASS 21 dan menunjukkan status kesihatan minda dalam 2 minggu sebelumnya. Namun mereka-mereka yang menunjukkan tanda-tanda bermasalah mental boleh terus mendapatkan bantuan.

Saringan melalui aplikasi e-Minda yang menggunakan Depression Anxiety Stress Scale (DASS) ini merupakan saringan asas untuk melihat gejala kesihatan mental invididu tanpa konsultasi profesional sama ada pegawai psikologi atau diagnosa daripada psikiatri. Tujuan saringan ini hanya untuk mendapatkan intervensi awal psikologi dan bukan untuk tujuan rujukan dalam mahkamah atau dokumen sokongan untuk permohonan pertukaran.

 


Kemaskini pada 2022-01-10 10:53:08 daripada kospenp_admin

  •  
  • Print
  • Email this page