BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
VISI:
Ke arah pengurusan sumber manusia yang berkualiti dan produktif
MISI:
Memastikan Kementerian Kesihatan mempunyai struktur organisasi yang sesuai, efektif dan penggunaan sumber manusia yang optimum, berintegriti, berpengetahuan dan berkemahiran.
OBJEKTIF:
Cawangan Dasar, Saraan & Perjawatan
- Merancang dan menganalisa penggubalan dan penilaian dasar-dasar Sumber Manusia di KKM
- Merancang mengkaji dan menyelaras serta memantau isu-isu yang berkaitan dengan Pengurusan Sumber Manusia dalam rancangan Malaysia
- Pengurusan Permohonan Pewujudan Jawatan Tambahan/Baru Tahunan di bawah Anggaran Belanja Mengurus (ABM) di KKM
- Pengurusan Permohonan Penstrukturan Semula/Pengukuhan Struktur Organisasi Pengurusan Permohonan Pindah Butiran Jawatan di KKM
- Merancang, mengkaji dan melaksanakan kajian elaun-elaun dan kajian skim-skim perkhidmatan di KKM
- Mengkaji dan menyelaras isu-isu yang dibangkitkan oleh kesatuan dan persatuan di KKM
- Mengurus pelaksanaan sistem maklumat Sumber Manusia di KKM
- Mengumpul dan mengemaskini maklumat data-data perjawatan di KKM
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan (Perkhidmatan Pengurusan & Sokongan)
- Mengurus, melaksana, menilai, memantau dan merancang hal-hal perkhidmatan semua pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Utama dan Khas)
mengenai hal berkaitan pewartaan, pengesahan, lanjutan tempoh percubaan, penamatan, persaraan, rayuan pertukaran, penempatan di KKM - Mengurus, melaksana, menilai, memantau dan merancang hal-hal perkhidmatan semua pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional mengenai
hal berkaitan pelantikan, pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, lanjutan tempoh percubaan, penamatan, pertukaran, penempatan, pelepasan
dengan izin, penyelarasan gaji, pinjaman di KKM - Mengurus, melaksana, menilai, memantau dan merancang hal-hal perkhidmatan semua pegawai-pegawai Kumpulan Paramedik dan Auksiliari mengenai
hal berkaitan pelantikan, pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, lanjutan tempoh percubaan, penamatan, pertukaran, penempatan, pelepasan
dengan izin, penyelarasan gaji, pinjaman di KKM - Mengurus, melaksana, menilai, memantau dan merancang hal-hal perkhidmatan semua pegawai-pegawai Kumpulan Gunasama dan Sokongan mengenai hal
berkaitan pelantikan, pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, lanjutan tempoh percubaan, penamatan, pertukaran, penempatan, pelepasan dengan izin,
penyelarasan gaji, pinjaman di KKM. - Mengkaji dan menguruskan keperluan perkhidmatan pegawai kontrak bagi semua jawatan di KKM
- Mengkaji menganalisa dan mengenal pasti serta menyediakan ulasan, laporan, kajian, maklumbalas dan penilaian isu-isu permasalahan dan hal-hal perkhidmatan
pegawai-pegawai di KKM
Cawangan Naik Pangkat dan Prestasi
- Mengurus, melaksana dan bertanggungjawab mengenai semua urusan berkaitan kenaikan pangkat, pemangkuan dan tanggung kerja pegawai-pegawai
Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Utama dan Khas) di KKM - Mengurus, melaksana dan bertanggungjawab mengenai semua urusan berkaitan kenaikan pangkat, pemangkuan dan tanggung kerja pegawai-pegawai
Kumpulan Pengurusan dan Profesional di IPKKM dan Institusi - Mengurus, melaksana dan bertanggungjawab mengenai semua urusan berkaitan kenaikan pangkat, pemangkuan dan tanggung kerja pegawai-pegawai
Kumpulan Paramedik dan Auksiliari di IPKKM dan Institusi - Mengurus, melaksana dan bertanggungjawab mengenai semua urusan berkaitan kenaikan pangkat, pemangkuan dan tanggung kerja pegawai-pegawai
Kumpulan Gunasama dan Sokongan di IPKKM dan Institusi - Melaksana urusan rayuan yang diterima daripada pegawai pegawai-pegawai yang terlibat dengan pemangkuan dan kenaikan pangkat diserah kepada LRKPPA
- Menyelaras pengurusan dasar Prestasi Sumber Manusia di KKM
Kit Pengurusan
PIAGAM PELANGGAN:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 9 & 10, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Malaysia
Tel : 03-88832786
Faks: 03-88888834
URL : http://humanres.moh.gov.my