Teras
- Teras 1 -
Promosi Pembudayaan Hidup Sihat
Memupuk budaya hidup sihat dengan meningkatkan literasi kesihatan rakyat. Maklumat disediakan bagi meningkatkan literasi kesihatan dan membolehkan rakyat bertanggungjawab untuk membudayakan hidup sihat.
Pembudayaan hidup sihat dapat mengukuhkan daya ketahanan diri (imuniti diri ) bagi mencegah penyakit
- Teras 2 -
Perkhidmatan Kesejahteraan Kesihatan
Memudahkan rakyat akses kepada fasiliti dan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan. Fasiliti dan perkhidmatan disediakan bagi manfaat rakyat untuk meningkatkan kesihatan rakyat.
- Teras 3 -
Kawalan Kesihatan Kendiri
Rakyat diperkasa dalam penjagaan kesihatan kendiri untuk pencegahan penyakit. Rakyat bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri, keluarga , komuniti dan persekitaran sihat.
-Teras 4 -
Kebersihan Persekitaran
Memupuk budaya kebersihan persekitaran untuk kesejahteraan kesihatan rakyat. Rakyat bersama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran untuk memastikan persekitaran bersih dan bebas penyakit
Kemaskini pada 2021-10-21 10:37:37 daripada HECC