MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN GENERATIONAL END GAME (GEG) ADVOCACY ROAD SHOW WANITA

MAJLIS PELANCARAN GENERATIONAL END GAME (GEG) ADVOCACY ROAD SHOW WANITA

8 Julai 2022 - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia bersama YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah hadir ke Majlis Pelancaran Generational End Game (GEG) Advocacy Road Show Wanita atau Gegar Wanita anjuran Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWatch) bertempat di UPM, Selangor.

Merokok adalah ancaman utama kepada kesihatan awam yang sedang dialami di seluruh dunia. Tabiat merokok telah menyebabkan lebih dari 8 juta kematian setiap tahun dan 1.2 juta dari jumlah kematian tersebut melibatkan individu yang tidak merokok tetapi telah terdedah kepada asap rokok.

Bagi merealisasikan visi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas tanpa amalan merokok dengan mensasarkan prevalen merokok kurang dari 5% pada tahun 2040, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memutuskan untuk membentangkan Rang Undang-Undang Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dalam mesyuarat kedua sidang parlimen pada bulan ini bagi membendung ancaman berganda penggunaan rokok konvensional dan produk merokok alaf baru seperti rokok elektronik dan vape.

Selain mengawal produk-produk merokok akta baharu ini juga akan memperuntukkan larangan merokok terhadap anak-anak yang lahir pada 1 Januari 2005 dan seterusnya atau lebih dikenali sebagai golongan Generational End Game (GEG).

Turut hadir Bersama ialah YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM dan Puan Roslizawati Md Ali, Presiden MyWATCH.

 

image image image image

 


Kemaskini pada 2022-07-15 09:49:06 daripada BPM Nora

  •  
  • Print
  • Email this page