MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PENGHANTARAN KERTAS PERMOHONAN PEROLEHAN PROJEK ICT BAGI KELULUSAN TEKNIKAL JAWATANKUASA PEMANDU ICT

Y.Bhg. Datuk/Dato’/To’ Puan/Datin/Dr./Tuan/Puan,


Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

 

2.       Pihak Urus setia JPICT memohon kerjasama Bahagian / Institusi / Jabatan Kesihatan Negeri yang bercadang memohon kelulusan perolehan projek ICT di mesyuarat tersebut agar menghantarnya  kepada Urus Setia JPICT melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT (PROFIT).

3.         PROFIT merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh pihak MAMPU bertujuan untuk mendaftar dan merekod permohonan perolehan projek ICT, mengemas kini dan memantau semua projek ICT yang dibangunkan dan dilaksanakan oleh semua fasiliti KKM. Sistem ini boleh dicapai melalui alamat http://profitv2.mampu.gov.my.

4.         Untuk tujuan permohonan kelulusan teknikal projek ICT, Bahagian / Institusi / Jabatan Kesihatan Negeri juga dipohon untuk mengemukakan permohonan ID Pengguna dan kata laluan untuk menggunakan aplikasi PROFIT melalui Urus Setia JPICT KKM.

 

5.       Mesyuarat JPICT mengikut Takwim KKM 2016 dijadualkan seperti berikut :

 

Mesyuarat

Tarikh Akhir Penghantaran

Kertas Permohonan

Untuk Kelulusan Mesyuarat JPICT 2016

Mesyuarat JPICT KKM

JPICT
Bil. 1/2016

22 Januari 2016

4 Mac 2016 (JUMAAT)

JPICT
Bil. 2/2016

1 April 2016

10 Mei 2016 (SELASA)

JPICT
Bil. 3/2016

1 Julai 2016

9 Ogos 2016 (SELASA)

JPICT
Bil. 4/2016

30 September 2016

1 November 2016 (SELASA)


6.       Manakala mesyuarat JK Teknikal Projek ICT (JTI)  dijadualkan seperti berikut:

 

Mesyuarat

Cadangan Tarikh*

JTI KKM Bil. 1/2016

15 & 16 Feb 2016

JTI KKM Bil. 2/2016

17 Mac 2016

JTI KKM Bil. 3/2016

14 April 2016

JTI KKM Bil. 4/2016

14 Julai 2016

JTI KKM Bil. 5/2016

8 September 2016

JTI KKM Bil. 6/2016

11 Oktober 2016

                       * Tertakluk kepada perubahan. Semua kertas permohonan ke JPICT akan dibawa ke mesyuarat JTI terlebih dahulu.

7.         Permohonan kelulusan bagi projek ICT dibuka sepanjang tahun berdasarkan had nilai kelulusan seperti Jadual A. Kertas yang diterima melewati tarikh mesyuarat yang telah ditetapkan akan dibawa ke mesyuarat yang seterusnya.  Sebarang kertas kerja atau pertanyaan mengenai JPICT boleh dikemukakan kepada Urus Setia JPICT KKM melalui emel
urusetiajpict@moh.gov.my atau nombor telefon berikut : 03-88833381 / 03-88833432 / 03-88833446.

 

Jenis Permohonan

Nilai Projek (RM) Juta (J) Ribu (K)

Peringkat Kelulusan

Mesyuarat JK Teknikal dan/atau
Pengerusi JPICT KKM

Mesyuarat JPICT

Pembangunan Aplikasi

<50K (termasuk aplikasi yang
dibangunkan secara inhouse)

-

50K

-

Perolehan peralatan ,
perisian & perkhidmatan ICT

50K hingga <500K

-

500K

-

Jadual A : Had Nilai dan Peringkat Kelulusan Teknikal Projek ICT

7.       Kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Datuk/Dato’/To’/Puan/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

 

URUS SETIA
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT)

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 


  •  
  • Print
  • Email this page