kertas putih kesihatan

Soalan Lazim

 

SOALAN - SOALAN LAZIM (FAQ) KERTAS PUTIH KESIHATAN

  • Kertas Putih Kesihatan adalah dokumen dasar reformasi kesihatan negara yang menggariskan cabaran utama yang dihadapi oleh sistem kesihatan serta mengemukakan cadangan penyelesaian secara berfasa dalam tempoh 15 tahun merangkumi aspek penyampaian perkhidmatan, promosi kesihatan dan pencegahan penyakit, pembiayaan kesihatan, serta tadbir urus demi memastikan sistem kesihatan yang lebih berkualiti, mampan dan berdaya tahan.

  • Ia telah dibangunkan dengan mengambil kira input pelbagai pemegang taruh termasuk rakyat bagi memastikan ianya bersifat holistik dan inklusif.

  • Kertas Putih Kesihatan telahpun dibentangkan dan diluluskan di Parlimen pada 15 Jun 2023. Langkah seterusnya adalah membangunkan Pelan Implementasi Reformasi Sistem Kesihatan. Klik di sini untuk muat turun


  •