kertas putih kesihatan

Video

   
 

Malaysia Hari Ini (MHI) - Setahun Bersama Kerajaan MADANI

8 Disember 2023

Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 bersama YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, yang mengulas lanjut mengenai prestasi dan Pencapaian Setahun Bersama Kerajaan MADANI menerusi pelbagai inisiatif KKM demi Agenda Reformasi Kesihatan.

RTM (Naratif Khas) - Pascabelanjawan 2024: Reformasi Sistem Kesihatan

1 November 2023

Naratif Khas yang akan menghuraikan dengan lebih tuntas mengenai peruntukan belanjawan 2024 KKM dalam Pascabelanjawan 2024, bersama YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan.

Kapsul MyHEALTH - Kertas Putih Kesihatan

16 Oktober 2023

Kapsul MyHEALTH kali ini bersama-sama Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan yang akan mengupas mengenai pelan reformasi sistem kesihatan yang digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan.

Kapsul MyHEALTH - Cabaran Sistem Kesihatan Negara

4 September 2023

Kapsul MyHEALTH kali ini bersama-sama Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan yang akan mengupas mengenai cabaran sistem kesihatan negara pada masa kini.

 
   
 

Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi) Ekonomi Madani: Reformasi Sistem Kesihatan

18 Ogos 2023

Bicara tentang Ekonomi Madani: Reformasi Sistem Kesihatan bersama Dr. Zaliha Mustafa di Selamat Pagi Malaysia segmen Nadi Seri Pagi.

TikTok Live - Reformasi Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa

2 Julai 2023

Sesi Bual Bicara TikTok Live: Reformasi Kesihatan bersama VIP, Dr Zaliha Mustafa diacarakan oleh Cik Yanie.

Dewan Negara | Lulus Usul Kertas Putih Kesihatan

27 Jun 2023

Dewan Negara meluluskan usul kertas putih kesihatan sebagai satu daripada hala tuju reformasi sistem kesihatan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang.

Kertas Putih Kesihatan tingkatkan kerjasama perkhidmatan kesihatan awam dan swasta

26 Jun 2023

PERDIM menyokong idea kerjasama kerajaan dan swasta melalui tonggak kedua Kertas Putih Kesihatan.

 
   
 

Podcast Keluar Sekejap | Kertas Putih Kesihatan

16 Jun 2023

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan membincangkan naratif Kertas Putih Kesihatan.

Kertas Putih Kesihatan Diluluskan: Ruang Bicara

16 Jun 2023

Segmen Ruang Bicara Bernama TV mengenai topik Kertas Putih Kesihatan diluluskan bersama Prof. Dr. Maznah Dahlui, Ketua Jabatan Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi, Universiti Malaya.

Kertas Putih Kesihatan gariskan kekangan sistem kesihatan negara

16 Jun 2023

Reformasi kesihatan negara melalui Kertas Putih Kesihatan yang akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun bermatlamat mewujudkan sistem kesihatan yang lebih berkualiti, mampan dan berdaya tahan.

Dewan Rakyat | Kertas Putih Kesihatan diluluskan

15 Jun 2023

Dewan Rakyat meluluskan Kertas Putih Kesihatan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara pada hari terakhir penggal kedua, Parlimen ke-15. Kertas Putih Kesihatan itu menggariskan empat tonggak dan 15 strategi untuk mereformasi sistem kesihatan negara secara sistematik dalam tempoh 15 tahun akan datang.

 
   
 

KKM bentang Kertas Putih Kesihatan

15 Jun 2023

Kertas Putih Kesihatan ini dibahaskan oleh 30 ahli Parlimen pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua, hari ini.

Agenda AWANI: Kertas Putih Kesihatan dibentang

14 Jun 2023

Apa pentingnya pembentangan Kertas Putih Kesihatan dalam usaha untuk melakukan anjakan dan reformasi sistem kesihatan dalam tempoh jangka masa panjang?

Kertas Putih Kesihatan langkah pertama Reformasi

8 Jun 2023

Kertas Putih Kesihatan adalah langkah reformasi yang dinanti-nantikan selepas berulang kali kita melihat sektor kesihatan terutamanya sektor kesihatan awam dibelenggu oleh isu kekurangan tenaga kerja dan isu kewangan juga beban yang terus bertambah ke atas sektor ini dan juga petugas kesihatan. Jadi untuk kami membincangkan lebih lanjut mengenai Kertas Putih Kesihatan bersama kami, Dr. Ishak Mas'ud, Pengarah Hospital Pakar Al-Islam.

Kertas Putih Kesihatan: Manifestasi Kehidupan Rakyat

7 Jun 2023

Kertas Putih Kesihatan yang bakal menjadi permulaan perjalanan reformasi sistem kesihatan Malaysia ke arah yang lebih mampan dan berdaya saing diharap dapat menyerlahkan manifestasi kehidupan rakyat. Apa reformasi terpenting yang diperlukan ketika ini? Ikuti diskusi bersama Prof. Madya Dr. Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia.

 
   
 

Kertas Putih Kesihatan dibawa ke kabinet minggu depan

31 Mei 2023

Kertas Putih Kesihatan (HWP) akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada minggu akan datang walaupun tarikh sebenar masih belum dimuktamadkan. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata pihak kementerian mendapat pengesahan daripada setiausaha parlimen agar kertas putih tersebut dapat dibentang pada persidangan yang berbaki tujuh hari itu.

Bernama TV: Ruang Bicara | Kertas Putih Kesihatan bersama YB Dr Zaliha Mustafa

11 Mei 2023

Saksikan Ruang Bicara bersama YB Dr Zaliha Mustafa dengan topik, Kertas Putih Kesihatan: Mencorak Masa Depan Sistem Kesihatan Negara di Facebook & YouTube Live Bernama TV.

Bernama Radio: Jendela Fikir | YB Dr Kelvin Yii Lee Wuen, Penasihat Khas kepada YB Menteri Kesihatan

9 Mei 2023

Dengarkan topik Kertas Putih Kesihatan - Demi Masa Depan Kesihatan Kita bersama YB Dr Kelvin Yii Lee Wuen, Penasihat Khas kepada YB Menteri Kesihatan di dalam program Jendela Fikir terbitan Bernama Radio.

Dr Sim | Sokongan Kertas Putih Kesihatan diperlukan di peringkat Parlimen

6 Mei 2023

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, faktor bagi pembentangan kertas putih itu memerlukan sokongan sebulat suara bagi memastikan pembiayaan dalam sektor kesihatan terus dijaga sekali gus sistem kesihatan yang lebih baik.

 
   
 

Kertas Putih Kesihatan perlu sokongan semua pihak sebelum dibentang di Parlimen

2 Mei 2023

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap kertas putih kesihatan yang bakal menjadi permulaan perjalanan reformasi sistem kesihatan Malaysia akan mendapat sokongan seluruh masyarakat dan kerajaan.

Pantau Agenda Reformasi: Reformasi kesihatan, apa yang perlu disegerakan

3 April 2023

Tonton Pantau Agenda Reformasi: Reformasi kesihatan, apa yang perlu disegerakan? di Astro Awani.

Kertas Putih Kesihatan permulaan reformasi kesihatan negara

8 Mac 2023

Kementerian Kesihatan (KKM) akan membangunkan Kertas Putih Kesihatan yang bakal menjadi permulaan perjalanan reformasi sistem kesihatan Malaysia.

Sistem kesihatan Kertas Putih Kesihatan dibentang Jun ini

17 Februari 2023

Dr Zaliha berharap Kertas Putih Kesihatan dapat dibentangkan pada sesi Parlimen Jun akan datang. Beliau memaklumkan dokumen itu kini di peringkat akhir proses libat urus dengan semua pemegang taruh. Kertas putih merujuk kepada pelan jangka panjang 15 tahun, ke arah sistem kesihatan premier mampu milik dan saksama untuk semua.

 
   
 

Kertas Putih Kesihatan bakal siap tidak lama lagi

17 Februari 2023

Ketika isu kekurangan tenaga kerja dan kesesakan di Jabatan Kecemasan semakin kerap dilaporkan, Kementerian Kesihatan dalam fasa akhir menyiapkan Kertas Putih Kesihatan. Ikuti perbincangan bersama Pakar Kesihatan Awam, Dr Farhan Rusli.

KKM | Kertas Putih Kesihatan dalam fasa akhir disiapkan

7 Februari 2023

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam fasa akhir menyediakan kertas putih membabitkan dasar asas baharu kepada sektor perkhidmatan kesihatan negara.

KKM sasar bentang Kertas Putih Kesihatan di Parlimen

11 Januari 2023

Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan pembentangan Kertas Putih Kesihatan di Parlimen pada pertengahan tahun ini. Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau meletakkan sepenuh komitmen untuk memastikan kandungan kertas putih itu dapat dilaksana dan direalisasikan.

RTM (Naratif Khas) - Mendepani Cabaran Kesihatan

16 Disember 2022

Saksikan Naratif Khas Mendepani Cabaran Kesihatan Bersama YB Dr. Zaliha Mustafa Menteri Kesihatan 16 Disember 2022 (Jumaat).

 
   
 

Kertas Putih KKM penting untuk reformasi sistem kesihatan

12 Disember 2022

Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berharap pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan dan Dasar Generasi Penamat (GEG) menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok, dapat diteruskan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa. Khairy berkata kedua-dua perkara telah dibangkitkan dalam pertemuan sebelum sesi penyerahan Nota Serah Tugas Bekas Menteri Kesihatan kepada Menteri Kesihatan.

Bernama Radio: Bersama Pemimpin | YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia

8 Disember 2022

Ikuti temubual bersama YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan dalam sebuah Program "Bersama Pemimpin" terbitan Bernama Radio. Dalam temubual tersebut juga mengupas lanjut mengenai visi dan misi pemimpin dalam mentadbir urus kerajaan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran Malaysia tercinta.

Kertas Putih | Memastikan kemampanan sistem kesihatan Malaysia

29 Ogos 2022

Sistem kesihatan negara turut menghadapi masalah dari segi sumber daya manusia iaitu mempunyai bilangan doktor yang banyak tetapi tidak boleh diterapkan dalam perkhidmatan dan dijangka akan diberi tumpuan, kata Pakar Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid mengenai Kertas Putih Kesihatan.

AWANI Pagi: Memahami reformasi kepentingan Kertas Putih Kesihatan

16 Ogos 2022

Apakah kepentingan kertas putih ini dan signifikan supaya ia direncanakan? Mungkin ada isu-isu tertentu sektor kesihatan yang dilihat boleh diselesaikan melalui kertas putih ini? Butirannya bersama Pengarah Eksekutif, Sunway Centre for Planetary Health, Universiti Sunway, Prof. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood.

 
   
 

Agenda AWANI: Kertas Putih | Reformasi sistem kesihatan

16 Ogos 2022

Adakah sistem kesihatan di negara ini bersifat lebih berdaya tahan dalam mendepani ancaman kesihatan dan cabaran baharu pada masa akan datang? Ke arah status negara tua 2030, adakah kita sudah bersedia?

Pembangunan Kertas Putih Kesihatan tepat pada masanya

15 Ogos 2022

Pembangunan Kertas Putih Kesihatan bertepatan pada masanya bagi merealisasikan sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan dan kalis masa hadapan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cabaran kesihatan yang diharungi sebelum ini dan yang dijangka pada masa hadapan, patut dijadikan sandaran untuk menambah baik dan memperkukuhkan sistem kesihatan sedia ada.

Kertas Putih Kesihatan perlu kebal walau parti mana jadi kerajaan

15 Ogos 2022

Kertas Putih Kesihatan perlu menjadi penyataan hasrat bersama semua pihak untuk memastikan sistem kesihatan di Malaysia lebih mampan dan berdaya tahan melalui pemikiran kerajaan dan masyarakat. Mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak 2020 memperlihatkan betapa perlunya pembaharuan dalam penjagaan kesihatan, yang mana kesihatan, kewangan dan hubungan sosial saling bergantung dengan begitu ketara, yang belum pernah terjadi sebelumnya.

PM | Kertas Putih Kesihatan perkukuh sistem kesihatan negara

15 Ogos 2022

Pembangunan Kertas Putih Kesihatan adalah bertepatan bagi sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan dan kalis masa hadapan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cadangan kertas putih kesihatan itu bertujuan mengukuhkan sistem kesihatan negara secara menyeluruh.

 
   
 

Majlis Perasmian Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022

15 Ogos 2022

YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri dan YB Khairy Jamaluddin, Mantan Menteri Kesihatan menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 bertemakan "Masa Hadapan Pekhidmatan Kesihatan Melalui Pembangunan Kertas Putih Kesihatan" di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. YAB Perdana Menteri menerusi ucapannya menjelaskan bahawa Cadangan Kertas Putih Kesihatan ini bertujuan mengukuhkan sistem kesihatan negara secara menyeluruh, agar sejajar dengan keperluan kesihatan rakyat ketika ini selain sentiasa bersedia mendepani cabaran dalam tahun-tahun yang mendatang.

Ucaptama YB Khairy Jamaluddin "The Need for Health Reform"

15 Ogos 2022

Kertas Putih Kesihatan merupakan pernyataan mengenai aspirasi kolektif rakyat tentang cara untuk menjadikan sistem kesihatan negara menjadi lebih mampan dan berdaya tahan, menerusi pemikiran "menyeluruh kerajaan" dan "menyeluruh masyarakat". Mantan Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin telah memberikan ucaptama bertajuk "The Need For Healthcare Reform". Beliau berkata pandemik COVID-19 telah mencetus keperluan untuk pembaharuan dalam penjagaan kesihatan, yang sebelum ini tidak pernah berlaku yang memperlihatkan antara kebergantungan kesihatan, kewangan dan fabrik sosial yang berlaku begitu ketara.

Ucapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di "Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022"

15 Ogos 2022

Kertas Putih Kesihatan adalah kritikal dan akan menjadi titik permulaan bagi perjalanan ke arah pembaharuan sistem kesihatan Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, pendapat dan idea pelbagai pihak berkepentingan telah diminta secara konsisten selain kerjasama sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dengan pihak kerajaan adalah kritikal dalam memastikan kejayaan pembaharuan sistem kesihatan.

Agenda AWANI: WEF2022 | Daya tahan sistem kesihatan

25 Mei 2022

Pemulihan pasca pandemik COVID-19, ini masanya untuk seluruh dunia membina semula sistem kesihatan, pengukuhan dan persediaan apabila wujud ancaman kesihatan baharu pada masa akan datang. Ikuti temu bual khas Mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sempena WEF 2022.

 

 


  •