Alat Kebolehcapaian
Bahagian Pendidikan Kesihatan berperanan memperkukuh literasi kesihatan rakyat melalui usaha pemerkasaan dan mobilisasi komuniti secara berterusan. Pelaksanaan promosi dan pendidikan kesihatan diperkukuh melalui aktiviti advokasi serta kolaborasi strategik di peringkat nasional dan global bagi membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan rakyat.
Pendekatan promosi kesihatan berasaskan sains tingkah laku yang mengintegrasikan Behavioural Insights diguna pakai sebagai asas dalam pembangunan dasar, perancangan polisi dan pelaksanaan intervensi kesihatan. Strategi ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan kesihatan rakyat secara menyeluruh melalui pendekatan Whole of Nation.
PIAGAM PELANGGAN TERAS BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN:
Permohonan Perkhidmatan Promosi Kesihatan daripada pihak luar diberikan maklum balas dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

Alamat:
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 1-3, Blok E10,
Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Tel : 03-8883 4515