Page 24 - Julai 2019
P. 24
Lawatan Kerja Ketua
Setiausaha KKM
ke Hospital Duchess of Kent,
Sabah
Bhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min,
Ketua Setiausaha Kementerian
Kesihatan Malaysia telah mengadakan
Ylawatan kerja ke Hospital Duchess of
Kent (HDOK), Sandakan. HDOK merupakan
hospital kerajaan berpakar di Sabah pada
8 Julai 2019 yang lalu. Lawatan ini turut
disertai oleh YB Datuk Frankie Poon Ming
Fung, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan
Rakyat Sabah dan pihak pengurusan di KKM.
Lawatan ke HDOK Sandakan ini diadakan
adalah bertujuan untuk meninjau keadaan dan
mengenalpasti keperluan semasa hospital
yang perlu diberikan perhatian segera oleh
pengurusan KKM. HDOK Sandakan mempunyai
400 buah katil dan merupakan hospital rujukan
bagi hospital-hospital dan fasiliti kesihatan
luar daerah. Dengan infrastruktur sedia ada,
kawasan liputan operasi Hospital Duchess of
Kent, Sandakan meliputi seluruh bahagian
Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Telupid.
Seiring dengan pertambahan penduduk dan
keperluan perkhidmatan kesihatan yang
berkualiti, beberapa cadangan projek-projek
pembangunan telah dirancang dan akan
dilaksanakan di HDOK Sandakan.
21 E-BULETIN KKM EDISi JUlai 2019