Page 5 - Julai 2019
P. 5
Program Mencipta Rekod Menggosok
Gigi Paling Ramai di Malaysia
ada 5 Julai 2019 yang lalu, YB
Dr. Lee Boon Chye, Timbalan
Menteri Kesihatan Malaysia telah
Pmerasmikan Program Mencipta
Rekod Barisan Manusia Menggosok Gigi
Secara Berirama Paling Ramai di Malaysia di
padang Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai,
Meru, Klang, Selangor. Program tersebut
bertujuan untuk mencipta rekod manusia
paling ramai menggosok gigi dan seramai
2098 orang pelajar menggosok gigi serentak
telah mencipta rekod bersejarah bagi
sekolah tertua di Meru tersebut. Kejayaan
tersebut telah dicatat dalam The Malaysia
Book of Records. YBTMK turut mengambil
kesempatan untuk mengadakan lawatan
kerja ke Klinik Kesihatan Meru. Lawatan
tersebut bertujuan untuk meninjau keadaan
Klinik Kesihatan dan juga melawat warga
KKM yang bekerja di klinik tersebut.
E-BULETIN KKM EDISi JUlai 2019 02