Page 4 - Mei 2019
P. 4
Majlis Berbuka Puasa bersama
warga kerja kementerian kesihatan malaysia
empena Bulan Ramadhan ini, YB
Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad,
Menteri Kesihatan telah berpeluang
Shadir bersama dalam meraikan
bersama 150 kakitangan KKM dalam Majlis
Berbuka Puasa yang berlangsung di Ibu
Pejabat KKM Putrajaya pada 28 Mei 2019.
Kemeriahan ini turut dikongsi bersama dengan
menyantuni golongan ibu tunggal, anak-anak
yatim dan mualaf serta berkesempatan untuk
mendirikan solat tarawikh secara berjemaah
bersama-sama staf dan pegawai tinggi KKM.
Harapan YB Menteri bersempena dengan bulan
penuh keberkatan ini agar semua warga kerja
KKM dapat menggunakan peluang ini untuk
menderma sebagaimana yang disebutkan
oleh Rasulullah S.A.W “mendermalah kamu
walaupun dengan sebiji kurma” kerana
ganjarannya disisi Allah amatlah besar.
01 E-BULETIN KKM EDISi mei 2019