Page 20 - E Buletin Nov 2019
P. 20

Majlis Pelancaran

        Polisi Dan Pelan Strategik Penjagaan Paliatif Kebangsaan

                                                   2019-2030







                  B  Datuk  Seri  Dr.  Dzulkefly  Ahmad,  Menteri
                  Kesihatan Malaysia telah melancarkan Polisi
                  Dan Pelan  Strategik Penjagaan  Paliatif
        YKebangsaan 2019-2030 di Hospital Selayang
        pada 6 November 2019 yang lalu. Program ini diadakan
        dengan  kerjasama antara Kementerian  Kesihatan
        Malaysia (KKM) dan agensi perkhidmatan  penjagaan
        paliatif di seluruh negara. Program yang julung kali
        diadakan ini telah memilih tema - “A Nation Caring for
        Everyone because They Matter” amat komited dalam
        perkhidmatan  penjagaan paliatif dengan memberi
        tumpuan kepada peningkatan  kualiti hidup khususnya
        bagi individu yang mempunyai  penyakit (mengancam
        nyawa)  dengan  memberikan  bantuan  serta sokongan
        psikologi,  sosial  dan  rohani  pesakit  bagi  meringankan
        beban kesakitan serta tekanan yang dihadapi. Menurut
        YB Datuk Seri Dr., dianggarkan melebihi 100, 000 orang
        rakyat Malaysia pada setiap tahun   telah meninggal
        dunia  dan  memerlukan  khidmat  penjagaan  paliatif.  Ini
        kerana, menjelang  tahun 2030 adalah  dianggarkan
        jumlah ini akan meningkat sehingga  230, 000 orang,
        dan atas sebab tersebut pihak kerajaan  dan pakar
        bidang penjagaan  paliatif bersetuju agar inisiatif yang
        lebih efektif perlu disegerakan bagi memastikan semua
        rakyat Malaysia  menerima  penjagaan  paliatif  sebaik
        mungkin demi menjamin  kesejahteraan  para pesakit
        pada masa akan datang.












          17 E-BULETIN KKM EDISi November 2019
   15   16   17   18   19   20   21   22