Page 8 - Ogos 2019
P. 8

Perasmian Klinik Kesihatan Simpang,

        Perak oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah




                  YMM Sultan Perak, Sultan  Nazrin
                  Muizzuddin  Shah telah berkenan
                  merasmikan  Klinik  Kesihatan  (KK)
       DSimpang  pada 19 Ogos yang lalu.
        Turut berangkat Raja Permaisuri  Perak,
        Tuanku Zara Salim yang juga diiringi  oleh
        YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly, Ahmad Menteri
        Kesihatan, YB Dr. Lee Boon Chye, Timbalan
        Menteri Kesihatan dan  YBhg Dato’  Mohd
        Shafiq  Abdullah,  Timbalan  Ketua  Setiusaha
        (Pengurusan)  KKM. KK Simpang  telah
        dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan
        perubatan  yang sangat diperlukan  seperti
        mesin Ultrasound dan mesin X-ray. Manakala
        makmal klinik  ini dilengkapi dengan  mesin-
        mesin Full Blood count (FBC) Analyzer, urine
        analyser dan seterusnya akan dibekalkan
        dengan  HbA1C analyser dan  Chemistry
        analyser  dalam masa  terdekat.  Semua
        peralatan  perubatan  ini dapat membantu
        pegawai perubatan untuk mendiagnosis
        penyakit    dengan      tepat   dan    memberi
        rawatan kepada pesakit dengan segera. KK
        Simpang ini juga turut  menjalankan  aktiviti
        pencegahan penyakit berjangkit dan penyakit
        tidak berjangkit  serta program kesihatan
        remaja.  Dengan  terbinanya KK Simpang  ini
        diharap dapat meningkatkan kualiti kesihatan
        penduduk sekitar untuk semua peringkat umur
        dan pelbagai  latar belakang. Sesungguhnya
        kesihatan yang baik adalah satu aset yang
        boleh meningkatkan produktiviti untuk setiap
        individu.




























          05 E-BULETIN KKM EDISi ogos 2019
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13