Page 16 - e-Buletin KKM Disember 2021
P. 16

13 MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI DISEMBER 2021














































        YBHG. DATO’ SRI KSU TURUN
        PADANG KE HOSPITAL SELAYANG




                ada 18 Disember  2021,  YBhg. Dato’ Sri
                Mohd  Shafiq  bin Abdullah,  Ketua  Setiausaha,
                KKM  telah turun padang meninjau fasiliti dan
       Pperkhidmatan  kesihatan  di Hospital  Selayang.
        Turut bersama beliau  adalah  YBhg. Dato’ Indera Dr.
        Sha’ari, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor dan Dr.
        Rafidah  Ali,  Pengarah  Hospital  Selayang  serta  wakil
        daripada pihak Radicare (M) Sdn. Bhd. YBhg. Dato’ Sri
        melawat dan meneliti isu-isu berkaitan penyenggaraan
        dan pengurusan di aras 3   dan 4 serta melawat
        ke  Fever Centre dan  Field  Hybrid  ICU (FHyICU)
        yang  telah  disiapkan  pada tahun  ini  sebagai  inisiatif
        menangani  pandemik  COVID-19. Beliau  menekankan
        kepentingan  menjaga kemudahan  yang disediakan
        dengan  sebaiknya adalah penting  bagi  memastikan
        aset dapat  dimanfaatkan  secara  maksimum.  Selain
        itu, persekitaran yang kondusif  dapat diwujudkan agar
        penyampaian  perkhidmatan  kesihatan  terbaik dapat
        disampaikan kepada rakyat.
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20