Page 22 - e-Buletin KKM November 2021
P. 22

19 MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI NOVEMBER 2021







             PROGRAM MOBILISASI VAKSINASI KOMUNITI

                                               (MOVAK) 3.0
































                                                                         ada 7 November  2021,  YBhg.  Tan
                                                                         Sri  Dato’  Seri Dr.  Noor  Hisham
                                                                         Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan
                                                                 Ptelah menyertai Program Mobilisasi
                                                                  Vaksinasi Komuniti (MOVAK) 3.0 untuk
                                                                  memberikan suntikan vaksin COVID-19 yang
                                                                  kedua bagi remaja orang asli, serta vaksinasi
                                                                  ‘mopping-up’  kepada  masyarakat  orang  asli
                                                                  yang ketinggalan  dalam Program Imunisasi
                                                                  COVID-19 Kebangsaan  (PICK). Program
                                                                  MOVAK 3.0 menyasarkan  seramai 2330
                                                                  orang penerima dengan menggunakan sama
                                                                  ada vaksin Cansino atau Comirnaty (Pfizer) di
                                                                  kalangan orang asli dewasa manakala vaksin
                                                                  Comirnaty (Pfizer)  khusus bagi golongan
                                                                  remaja. Dr. Noor Hisham berpeluang untuk ke
                                                                  Kampung Dakoh, Pos Balar yang merupakan
                                                                  salah satu dari tujuh pos pedalaman  orang
                                                                  asli  di daerah  Gua Musang.  Pos Balar  ini
                                                                  mempunyai 10 buah kampung dengan
                                                                  anggaran  seramai 1069 penduduk dan
                                                                  terletak lebih kurang 98 km daripada  Gua
                                                                  Musang. Akses yang sangat mencabar kerana
                                                                  ketiadaan jalan yang berturap ke pos ini, boleh
                                                                  mengambil  masa  sehingga  enam  jam  untuk
                                                                  sampai melalui jalan darat.
   17   18   19   20   21   22   23   24   25