Page 5 - e-Buletin KKM Ogos 2021
P. 5

MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI SEPTEMBER 2021        02





               LAWATAN MENTERI KESIHATAN KE SABAH









                                                                      B Khairy  Jamaluddin,  Menteri  Kesihatan
                                                                      Malaysia  telah  mengadakan  lawatan
                                                                      selama dua hari di Sabah pada 6
                                                             YSeptember 2021.  YB  Khairy Jamaluddin
                                                             telah mengadakan  kunjung  hormat kepada  Datuk
                                                             Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor,  YAB Ketua
                                                             Menteri Sabah sejurus tiba di Kota Kinabalu,
                                                             Sabah. Beliau  juga telah menghadiri  Mesyuarat
                                                             CITF Negeri  Sabah  bersama  YAB Ketua Menteri
                                                             Sabah  bagi  mendengar  taklimat  situasi  semasa
                                                             jangkitan COVID-19 dan program pemberian vaksin
                                                             di Sabah.










                 B  Menteri Kesihatan juga telah
                 melawat tapak tanah runtuh yang
                 berlaku  di Kompleks  C, Hospital
        YQueen Elizabeth (HQE) akibat hujan
        lebat. Beliau turut menyampaikan sumbangan
        bantuan  kepada  14 kakitangan  Hospital
        Queen Elizabeth (HQE) yang terkesan akibat
        banjir dan runtuhan tersebut.











                                                                              B Menteri  Kesihatan  mengakhiri
                                                                              lawatan  hari  pertama  dengan
                                                                              melawat ke  Hospital Papar bagi
                                                                     Ymemantau  kemajuan  pembinaan
                                                                     hospital tersebut. Berdasarkan  lawatan
                                                                     tersebut YB Menteri Kesihatan mendapati
                                                                     terdapat pembinaan  dewan bedah  yang
                                                                     tidak  mengikut  spesifikasi  yang  betul  dan
                                                                     memohon  Ketua Setiausaha KKM untuk
                                                                     membuat penilaian semula dewan bedah
                                                                     tersebut.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10