Page 160 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 160

(c)   Menyenggara proses pengeluaran Perakuan Pendaftaran, Perakuan Kelulusan
                  Menubuhkan, Perakuan Kelulusan Peluasan dan Lesen supaya dapat dikeluarkan
                  dalam tempoh yang ditetapkan;
            (d)   Membantu Timbalan Pengarah CKAPS menyenggara hal-hal pentadbiran seperti
                  hal ehwal personel, perjawatan, latihan, pengurusan aset dan kenderaan;
            (e)   Menyelaras maklum balas bagi pembangunan sistem MedPCs baru (pendaftaran
                  dan pelesenan);
            (f)   Membantu Timbalan Pengarah CKAPS menyediakan arahan-arahan YBMK dan
                  KPK bawah Akta 586;
            (g)   Menyelaras  penerbitan-penerbitan  CKAPS  seperti  E-Buletin,  garis  panduan,
                  handbook dan lain-lain;
            (h)   Sebagai Sekretariat bagi pelantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Swasta;
            (i)   Sebagai Sekretariat bagi sumbangan sosial dan kebajikan KPJKS;
            (j)   Menyelaras sesi engagement dengan stakeholders, masyarakat awam seperti
                  dialog serta bengkel-bengkel MPC; dan
            (k)   Menetapkan  piawaian  bagi  KPJKS  bagi  menjamin  keselamatan  pesakit  dan
                  kualiti perkhidmatan pesakit di KPJKS.

            Dari  segi  kutipan  hasil,  sepanjang  tahun  2019,  CKAPS  telah  mengutip  sebanyak
            RM3,873,052 daripada fi pengeluaran, pemprosesan dan pentadbiran di mana jumlah
            ini meningkat sebanyak 27 peratus daripada tahun 2018.

                                                 Rajah 5.7
              Kutipan Hasil CKAPS Tahun 2006 hingga 2019 (Proses Pendaftaran & Pelesenan)




















            Sumber: Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, KKM

            CKAPS juga telah bekerjasama dengan Malaysian Productivity Corporation (MPC) bagi
            menerbitkan empat (4) handbook yang telah menjadi panduan pemegang taruh yang
            berminat bagi menubuhkan hospital swasta. Buku-buku berkenaan telah dilancarkan
            oleh YB Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad di Association of
            Private Hospital Malaysia (APHM) Conference pada 29 Julai 2019.








        LAPORAN TAHUNAN
    150  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165