MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

Print
Tajuk Situasi Kejadian Selsema Burung Atau Avian Influenza A (H7N9) Di China
Penerangan

 

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 SITUASI KEJADIAN SELSEMA BURUNG ATAU AVIAN INFLUENZA A

(H7N9) DI CHINA

6 April 2013

 

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau perkembangan situasi kejadian selsema burung (bird flu) atau avian influenza A (H7N9) yang melibatkan manusia di China. Jangkitan selsema burung (H7N9) di China ini telah disahkan pada 29 Mac 2013.

 

2. Seperti Avian Influenza A (H5N1), selsema burung (H7N9) adalah  penyakit selsema yang berlaku di kalangan unggas. Secara umumnya, jangkitan selsema burung (H7N9) atau Avian Influenza A (H7N9) dari unggas kepada manusia hanya boleh berlaku jika bersentuhan dengan unggas yang telah dijangkiti dengan virus selsema burung tersebut. 

 

3. Sehingga 5 April 2013, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  mengesahkan terdapat 16 kes dengan 6 kematian disebabkan selsema burung H7N9 di kalangan manusia dilaporkan di Shanghai, Anhui, Jiangsu dan Zhejiang, China. Semua yang mempunyai hubungan rapat (contact) dengan kes-kes tersebut tidak mempunyai tanda dan gejala jangkitan selsema burung (H7N9) sehingga kini. Siasatan juga mendapati tiada hubungkait secara epidemiologi (epidemiological link) di antara kesemua kes tersebut.

 

4. WHO menyatakan setakat ini, tiada bukti yang menunjukkan penyakit selsema burung (H7N9) boleh ditularkan dari manusia kepada manusia. Buat masa ini juga, tiada vaksin untuk selsema burung H7N9. 

 

5. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPVM) melalui pemantauan di seluruh negara mengesahkan tiada kes selsema burung (H7N9) di kalangan unggas dikesan di Malaysia.

 

6. Setakat kenyataan ini dikeluarkan, WHO tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan (travel advisory) atau mengeluarkan sebarang larangan lawatan ke negara China. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan  orang awam seperti berikut : 

 

a) Mengelakkan mengunjungi pasar yang menjual unggas hidup bila mengunjungi negara-negara yang terlibat dengan jangkitan avian influenza;

 

b) Mereka yang pulang dari Shanghai, Anhui, Jiangsu dan Zhejiang, China dengan gejala pernafasan dinasihatkan untuk memakai topeng muka (mask) dan segera mendapatkan rawatan perubatan dan memaklumkan sejarah perjalanan mereka kepada doktor. 

 

c) Tidak memegang unggas yang ditemui mati tanpa alat perlindungan diri dan hendaklah melaporkan kejadian kematian unggas yang luar biasa ke Pejabat Veterinar yang terdekat;

 

d) Bagi penternak dan pengusaha ladang unggas hendaklah sentiasa  patuh kepada nasihat dan panduan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar;

 

e) Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau sanitizer, terutamanya selepas batuk dan bersin; 

 

f) Mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran dengan segera apabila mendapat gejala influenza-like illness (ILI), terutamanya bagi mereka yang terlibat dengan pengendalian unggas; dan

 

g) Melaporkan sebarang kejadian kluster ILI kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

 

7. KKM akan terus memantau situasi kejadian penyakit ini dan sebarang perkembangan dari WHO akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

 

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

 

April 2013

Putrajaya

Ditambah pada 05-04-2013 04:00:00