Objektif
Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif
Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.
Visi
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
Misi
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
- mengutamakan pelanggan
- saksama
- tidak membebankan
- cekap
- wajar mengikut teknologi
- boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- inovatif
iii. dengan menekankan:
-
sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
-
sifat menghormati maruah insan
-
penglibatan masyarakat