MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

Print
Tajuk Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Mengenai Kejadian Siling Runtuh Di Hospital Serdang
Penerangan

 

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KEJADIAN SILING RUNTUH DI HOSPITAL SERDANG

 

Kejadian siling runtuh di Hospital Serdang berlaku di Ruang Pendaftaran Pesakit (Patient Admission Centre) pada jam 3.00 pagi 30 September 2013, di mana siling gantungan jenis mineral fibre (mineral fibre suspended ceiling) berkeluasan 8 kaki x 12 kaki terjatuh ke lantai. Kejadian ini tview_idak melibatkan sebarang kecederaan berlaku ke atas pesakit atau anggota perubatan.


Setelah penyiasatan dijalankan, dview_idapati punca kejadian siling runtuh adalah disebabkan oleh kelemahan pada penyokong (hangers) siling. Kerja pembaikan siling telah selesai dilaksanakan oleh syarikat Radicare Sdn. Bhd. pada jam 6.00 petang pada hari yang sama (30 September 2013).


Kementerian Kesihatan Malaysia seterusnya akan mengambil langkah-langkah pembaikan dari masa ke semasa selaras dengan pelan penyelenggaraan pencegahan serta meneruskan kekerapan pemeriksaan berkala.



Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia
1 Oktober 2013

Ditambah pada 01-10-2013 04:00:00

Lampiran-lampiran