MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Siri 3/2011
Penerangan

 JATA.gif 

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

 

Operasi Penguatkuasaan

Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Siri 3/2011

’Ops Tumpang’ : Operasi Larangan Merokok Di Dalam Pengangkutan Awam Dan Hentian Pengangkutan Awam

 

 

 

Bagi tujuan melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok basi (Second-Hand Smoke) khasnya di dalam pengangkutan awam dan di hentian pengangkutan awam, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 peringkat kebangsaan siri ketiga tahun 2011 pada 28 Mac 2011. Operasi ini yang bertema ’Ops Tumpang’ memberi fokus kepada penguatkuasaan Peraturan 11(1)(e) yang melarang merokok di dalam apa-apa pengangkutan awam serta hentian pengangkutan awam. Operasi ini bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok basi di samping untuk memberikan kesedaran kepada para perokok agar tidak merokok di kawasan-kawasan larangan merokok.

 

Daripada sejumlah 1,686 buah pelbagai jenis pengangkutan awam serta 384 hentian pengangkutan awam yang telah diperiksa dalam operasi ini, sejumlah 357 kesalahan telah dikesan. Daripada itu, seramai 322 orang perokok telah dikompaun kerana kesalahan melanggar Peraturan 11(1)(e), PPKHT, iaitu merokok di dalam pengangkutan awam (Contohnya, di dalam bas, keretapi, feri dan sebagainya) atau di hentian pengangkutan awam (Contohnya, di stesyen bas, keretapi/komuter/LRT/ERL, terminal feri, lapangan terbang dan sebagainya). Mereka dikenakan kompaun minimum RM 250.00 setiap seorang dan ini membawa kepada nilai kompaun yang dikeluarkan di bawah kesalahan ini berjumlah RM 80,500.00.

 

Disamping itu,  sejumlah 35 kompaun juga telah dikeluarkan terhadap tuan punya kenderaan awam di atas kesalahan melanggar Per. 12, PPKHT, iaitu gagal mempamerkan Tanda Larangan Merokok di dalam kenderaan awam mereka atau tanda yang dipamerkan tidak mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan di bawah Peraturan ini. Mereka juga dikenakan kompaun minimum RM 250.00 setiap seorang dan ini membawa kepada nilai kompaun yang dikeluarkan di bawah kesalahan ini berjumlah RM 8,750.00.

 

Secara keseluruhannya, sejumlah 357 kompaun telah dikeluarkan dalam operasi ini dan jumlah nilai kompaun yang dikenakan adalah sebanyak RM 89,250.00. Pecahan pencapaian operasi ini adalah seperti di Lampiran 1. Bagi mereka yang gagal menjelaskan kompaun dalam tempoh masa yang ditetapkan, mereka akan didakwa di mahkamah dan sekiranya didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

 

Merokok boleh menyebabkan Penyakit Paru-Paru Obstruktif Kronik, Penyakit Jantung dan Kanser Paru-Paru serta pelbagai jenis penyakit kronik yang lain. Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihati orang ramai agar tidak memulakan tabiat merokok yang merugikan serta merosakkan kesihatan. Para perokok juga dinasihat agar berhenti merokok dan bersikap perihatin terhadap gangguan serta bahaya asap rokok basi mereka terhadap orang lain yang tidak merokok. Para perokok juga diminta menghormati undang-undang agar tidak merokok di tempat-tempat yang dilarang merokok.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneruskan operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau peringkat kebangsaan secara bertema ini dari semasa ke semasa bagi melindungi orang ramai daripada bahaya asap rokok basi dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Kepada sesiapa yang ingin berhenti merokok, mereka bolehlah mendapatkan perkhidmatan berhenti merokok di klinik-klinik kesihatan atau hospital Kerajaan yang berdekatan atau menghubungi No. Infoline 03-8883-4400 untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.  Akhirnya saya menyeru kerjasama semua pihak agar kita bersama-sama berusaha ke arah masyarakat yang bebas asap rokok.

 

 

Sekian, terima kasih

 

(DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN)

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 7  April 2011


Lampiran 1

 

 

HASIL OPERASI PENGUATKUASAAN PPKHT 2004

’OPS TUMPANG’ : OPERASI LARANGAN MEROKOK DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM DAN HENTIAN PENGANGKUTAN AWAM

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

 

PERKARA

OPS TUMPANG

1)  Jumlah Pengangkutan Awam yang diperiksa (Pelbagai)

1686

Pecahan Jenis Pengangkutan Awam yang diperiksa

a)    Bas                           -   834

b)   Teksi                         -   808

c)    Keretapi                    -   17

d)   Komuter                   -     5

e)    Feri                           -     5

f)     Kereta / Van Sewa   -   17

 

 

 

2)  Jumlah Hentian Pengangkutan Awam yang diperiksa (Pelbagai)

384

Pecahan Jenis Hentian Pengangkutan Awam yang diperiksa

a)    Terminal / Hentian Bas                          -   249

b)   Terminal / Hentian Teksi                       -     81

c)    Stesyen Keretapi                                   -     18

d)   Stesyen Komuter                                   -     17

e)    Stesyen LRT / ERL                                 -     3

f)     Terminal / Jeti Feri                                 -     6

g)   Stesyen / Hentian Kereta / Van Sewa   -     6

h)   Lapangan Terbang                                 -     4

 

 

 

 

3)  Jumlah Kompaun Yang Dikeluarkan Dalam Operasi Ini  (Semua Kesalahan)

357

4)  Jumlah Nilai Kompaun Yang Dikenakan Dalam Operasi Ini  (Semua Kesalahan)

RM  89,250

5)  Jumlah Kompaun Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 11(1)(e) – Merokok Di Dalam Kenderaan Awam Atau Hentian Pengangkutan Awam

322

6)  Jumlah Nilai Kompaun Dikenakan  Di Bawah Peraturan 11(1)(e)

RM 80,500.00

Pecahan Bilangan Kompaun Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 11(1)(e) :

a)      Bas                -     4

b)     Keretapi        -    11

c)      Feri                -    61

d)     Terminal / Hentian Bas          -   197

e)      Stesyen Keretapi                   -      7

f) Stesyen Komuter                   -     13

g)     Stesyen LRT / ERL                -      3

h)     Terminal / Jeti Feri                -      24

i)       Lapangan Terbang                -      2

 

7)  Jumlah Kompaun Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 12 – Gagal Mempamerkan Tanda Larangan Merokok / Tidak Mematuhi Spesifikasi

35

8)  Jumlah Nilai Kompaun Dikenakan Di Bawah Peraturan 12

RM 8,750.00

Pecahan Bilangan Kompaun Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 12 :

a)      Tuan Punya Bas          -   17

b)     Tuan Punya Teksi        -   18

 

 

Ditambah pada 06-04-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran